Tuesday, January 12, 2021

LuPAkAn kerETa TeRBaNg, kiTA biNa kApAL sELaM

 

Assalammualaikum wbr

Hari ni 12 january 2021 bersamaan 28 jamadilawal 1442 hijrah. 11 hari berlalu dalam tahun 2021 purata kebanyakkan harinya adalah musin hujan. Baju melambak basuh tak kering. Sesetengah kawasan telah dilanda banjir, terutamanya negeri disebelah pantai timur. Tak terkecuali bahagian johor timur.

 

Berita perdana mahupun media social, semuanya sibuk bercerita kisah-kisah banjir. Kesian kepada mangsa yang terjejas. Semoga Allah menggantikan mereka dengan sesuatu yang lebih baik. Amiinn..

 

Esok 13/1/2021, 6 negeri termasuk johor akan menjalani PKP. Berkurung semula la kat rumah gamaknya. Tapi ini memang perlu dilakukan, kerana sejak akhir-akhir ni kes positif covid telah mencecah 3000 lebih setiap hari.. apalagi yang boleh dilakukan? Kalau bukan PKP semula..

 

Apa-apa pun semoga Allah permudahkan segala urusan. Setiap apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah jua. Sebagai seorang hamba kita hanyalah perlu redha dan bersabar atas segala ketentuan Nya..

 

Bermulanya tahun 2021 ni aku sesaje mencuba job baru. Ternak ikan tilapia. Ye la dah puas terkurung kat rumah sepanjang tahun 2020 kan.. tunggu-tunggu tak nampak pun kereta terbang, makin kapal terbang kurang kelihatan melintasi atas rumah aku ade la. Sebab penangan covid ni semua industry terjejas, tak terkecuali industri pelancongan dan penerbangan.

 

Sebenarnya aku tak de ilmu pun dalam ternakan ikan tilapia ni jauh sekali mengetahui marketnya .tapi saje je aku ternak, try and error. Ye la kan, aku berangan nak usahakan kolam ikan air tawar suatu masa nanti, so mula dari sekarang kita kena cari ilmu dulu la gamaknya.

 







# siap kerja. Kita lepak bawah pondok, dalam hammock, sambil melayan terapi minda air terjun.. haha



No comments:

Post a Comment