Saturday, August 29, 2009

kEnaNGaN yANg BeRULanG

salam sume
hari ni, 8 ramadhan. bermakna telah selamat seminggu perjalanan ramadhan ini. dan ini juga bermakna hanya tinggal 22 @ 23 hari saje lagi ramadhan ini akan pergi meninggalkan kita.

bila aku kenang kenangkan kembali satu persatu ramadhan datang mengunjungi aku dan satu persatu juga ramadhan itu pergi meninggalkan aku dan kamu semua. bertanya aku pada diri sendiri, apakah setiap kunjungan dan perginya ramadhan itu amalan aku semakin meningkat?............... jawabnya, amat sukar untuk aku nyatakan baik melalui perkataan mahupun perbuatan. nak dikatakan TIDAK, pun tidak..... nak dikatakan YA, juga tidak.

yang pasti aku akan sentiasa berazam manjadikan ramadhan pada setiap tahun adalah ramadhan yang terbaik dari tahun tahun sebelumnya.

mengenang kembali ramadhan melalui zahirnya :-

teringat aku pada zaman kanak kanak dahulu..........
dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan, namun masih berpegang teguh pada ajaran agama,
aku telah mula berpuasa seawal usiaku 6 tahun.
faktor kemiskinan menyumbang kepada banyak hari hariku dan keluarga dihabiskan dengan berpuasa sunat.

ramadhan di alam persekolahan.............
bila cuti sekolah hujung minggu aku dengan abang abangku (shah & Lan) serta kawan kawan sepermainan sering merayau rayau sekitar kampung. mancari apa apa jua yang boleh dijadikan santapan masa berbuka. zaman dulu banyak pokok buah buahan yang hidup liar tidak bertuan, bukan macam zaman sekarang, pondok kotak bawah jembatan pun 'bertuan'...... kebiasaanya kunjungan kami ke 'rumah drakula' akan menjanjikan banyak hasil, seperti jambu batu, jambu air pada musimnya, kangkong, keladi, pucuk ubi, nangka muda untuk dijadikan sayur dan pelbagai lagi. walaupun dalam keletihan tapi diantara kami tidak ada yang curi makan...... dan saat yang paling menyeronokkan, apabila tiba waktu berbuka aku akan susun semua 'hasil tangkapan' pada hari tersebut, baik dari jambu batu, buah gajus yang masih kelat dan sebagainya.... waktu itu sekiranya kami dapat berbuka bubur kacang dengan air suam, itu dah dikirakan menu yang cukup mewah. berbanding kebiasaanya hanya nasi ataupun ubi kayu dengan lauk ikan masin. kalau ada sayur pun kebiasaannya pucuk ubi atau nangka masak lemak, kulat yang tumbuh pada kayu getah reput dimasak sambal. kadang kala pucuk paku ditumis air. agaknya kalau zaman itu dibawa ke masa kini keluarga aku dah layak menyertai bersamamu TV3. tapi oleh kerana zaman itu tetap kekal begitu, maka tak layaklah untuk kami menyertai program reality tersebut, kerana mereka yang hidup sezaman dengan ku juga malalui nasib yang sama..........

ramadhan di alam sekolah menengah............
dalam tingkatan 4 & 5 aku telah tinggal di asrama. segalanya menjadi lebih teratur dan kurang kenangan yang manyentuh kalbu. walaupun masih berbuka dengan nasi, namun disertakan dengan lauk pauk yang lazat. sesekali terlintas dihatiku seandainya semua kelazatan ini dapat aku kongsikan dengan adik adik dan keluargaku, alangkah bahagianya. tapi sayang semua itu mustahil buat masa ini. kerana makan dan tempat tinggalku sendiri dibiayai oleh kerajaan.

ramadhan dalam alam remaja............
tinggal dengan rakan rakan yang menyewa sebuah rumah, sudah tentunya waktu berbuka aku tidak dikelilingi ahli keluarga sendiri. sebaliknya hanya rakan rakan yang menjadi teman berbuka. itupun kalau mereka tidak membuat kerja lebih masa. menu berbuka kebiasaannya aku perolehi dari tempat yang paling mudah, iaitu 'bazar ramadhan'. namun sesekali bila cuti hujung minggu aku sering habiskan masa dikampung bersama keluarga tercinta.

ramadhan apabila telah berumah tangga............
kini aku telah mempunyai 3 cahaya mata. putera sulong ku telah mencecah usia 7 tahun, sudah tentunya ini adalah tahun kedua baginya menjalani ibadah puasa. Isya' dan terawih pula, aku telah mula jarang kesurau seperti kebiasaan sebelum sebelumnya. sebaliknya aku lebih senang lakukan jemaah dirumah, disertai oleh putera sulong ku dengan kedua dua adiknya..... ye, mungkin aku kerugian didalam pahala iktiqaf, tp aku masih untung didalam mentarbiah dan melatih jiwa isteri dan anak anak ku menghayati erti ramadhan yang sebenarnya.
berbalik pada berbuka, apa yang aku perhatikan sikap putera sulong ku saling tak tumpah dengan tabiat aku dulu, iaitu menyusun semua 'hasil tangkapan' di kelilingnya . cuma bezanya aku dulu hanya ada jambu batu, sebaliknya dia kini dengan coklat, gula gula, keropok dan sebagainya....... mungkinkah sikap itu akan berterusan pada generasiku seterusnya.......?

Ramadhan esok............
aku masih tak tau sempatkah aku bertemu dengan Nya......?
mungkinkah pada waktu itu aku masih dalam keadaan sebegini dikelilingi isteri dan anak anak tercinta? atau sebaliknya telah jatuh hukum tidak perlu lagi aku beribadah kepada penciptanya............. Waallahhu aklam bissawab.....

No comments:

Post a Comment