Friday, January 29, 2010

"berKHiDmAT uNTuK NegARa"



hari ini jumaat.

berakhirnya penantian aku untuk menunggu panggilan temuduga dan kursus bagi sessi pertama 2010 pengambilan sukarelawan polis. yang akan dijalankan pada 31 Jan 2010.

nampak gayanya terpaksa tunggu pengambilan sessi ke-2 atau mungkin juga ke-3, ke-4 atau mungkin juga ke berapa-berapa ntah.

apa yang boleh lakukan hanya memastikan 'handphone' sentiasa 'on' dan petisurat di rumah tidak bertukar alamat. kerana tu je dua cara pihak jabatan boleh menghubungi aku......

'back to the future' 28 tahun yang lalu......

sedari kecil lagi, aku amat berminat dengan badan beruniform. baik tentera mahupun polis. kalau ditanya apa cita-cita bila besar nanti? pastinya jawapan aku, nak jadi askar atau polis. kenapa dan mengapa jawapan tu yang aku berikan. aku pun tak pasti...... mungkinkah kerana kedua-dua jawatan tu mempunyai uniform yang segak, atau mungkin juga mereka mempamerkan displin yang tinggi, atau mungkinkah kerana semangat yang ada dalam diri aku suka berbakti kepada negara?

perjalanan mengharungi masa akhirnya, cita-cita semasa kecilku tersasar jauh dari matlamatnya. dan perjalanan mengharungi masa itu juga telah melepaskan peluang aku untuk menrealisasikan cita-cita tersebut........

kini setelah bertahun aku menjalankan khidmat kepada masyarakat secara sukarela, setelah banyak berhubung dengan pihak-pihak berkaitan, baru aku ketahui peluang untuk aku menyarungkan uniform PDRM masih terbuka luas. hanya bezanya khidmat yang diperlukan tidaklah sepenuh masa sebagai seorang anggota tetap. sebaliknya khidmat yang disalurkan lebih berbentuk sukarela dan separuh masa.

adakah cita-cita semasa kecilku masih mempunyai harapan untuk dijadikan realiti? jawapannya terpaksa tunggu dan lihat sehingga suatu masa kelak................waallahuaklam...

( aku masih ingat kata-kata seorang rakan Polis semasa membuat rondaan bersama mencegah jenayah. waktu tu jam menunjukkan waktu 2 pagi. "kita berkhidmat untuk negara bang, takde kisah punya, takde 'rest' pun takpe". mendengarkan kata-kata tersebut teringat kembali zaman kanak-kanak ku yang mmg berminat dengan unit beruniform. kalau cita-citaku tak tersasar mungkinkah aku yang akan mengeluarkan kata-kata hikmah tersebut )

No comments:

Post a Comment