Tuesday, April 13, 2010

bERkHidMat uNtUk nEgaRA pArt 4


pagi sabtu
10 April 2010

hari ni bersiap awal, bukan nak ke pejabat tp nak ke BBU sbb ada orientasi kat JPAM. cam biasa rutin harian, hantar anak ke nursery dulu.

7.50am dah sampai kat bangunan JPAM daerah JB. mak ooi ramainya mahluk, sampai xde parking. dalam ramai2 mahluk tu terjumpa semula Din dari F. Sayong dan Hisham dari Kulai. members ni baru kenal masa interview bulan lepas.

8.30am sessi bermula. penerangan demi penerangan, syarat demi syarat, aturan demi aturan, bawaklah ke larangan demi larangan. peeerrrggghhhh, terasa jd mcm budak sekolah semula. terasa kekok pun ada, maklumlah aku ni dah berpuluh tahun meninggalkan zaman persekolahan.

tp satu ayat yg cukup berkesan bila diluahkan oleh penceramah. "sila pastikan tuan-tuan mematuhi segala peraturan yg telah ditetapkan disini, tak kira siapa pun anda diluar. apajua jawatan anda, besar manapun gaji anda, selagi anda berada didalam kawasan JPAM ini, sila ikuti arahan yg ditetapkan disini. sekiranya anda rasa tak boleh patuhi segala arahan, xsesuai untuk menjalani kursus ini, tolong jangan buang masa, pintu sentiasa terbuka untuk anda beredar". peergghh manisnya kata-kata. sungguh menyedarkan aku dari melayan mata yg dah semakin layu, hehehe. sbb malam tadi aku ada rondaan keselamatan sampai kul 2am. ngantuk tu......

orientasi tamat jam 12.30tgh. so kursus berjalan selama 4 hari bermula dari 17/4, 18/4, 24/4 & 25/4. dalam xcited nak menjalani kursus ni, ada gak rasa nebes. mau taknya. aku ni dah kategori tua bolah ke bersaing dengan belia remaja disekeliling aku dalam dewan ni? lastday kursus ada exam teori dgn amali lak tu.... perrrgghhh xlulus kalu, jangan harap mau dapat itu nombor body. so boleh bla.... kira buang masa je lah selama 5 hari, buang duit je amek cuti, buang minyak je berulang kesini.

harap-harap otak aku yg dah keras kematu ni boleh berfungsi dengan cemerlang, gemilang, terbilang. jangan jd temberang dah la....... hehehe.


wassalam....

No comments:

Post a Comment