Thursday, May 13, 2010

jAngAN mEnGhaRapkan ucApaN teriMA kAsiH

sedangkan Allah, Maha pemurah, Maha pengasih lagi Maha penyayang. Maha yang amat luas limpahan kurniaannya seringkali mendapat kutukkan dari manusia yang tidak tahu bersyukur. Malah ramai manusia yang melupakan asal usul kejadian sehingga menyekutukan Nya dengan sesuatu yang lain.

inikan pula kita yang bersifat manusia, yang lemah serba serbi menuntut ucapan terima kasih dari sesama manusia. bukankah tabiat melupakan jasa baik seseorang adalah penyakit umum yg ada dlm diri setiap insan.

selayaknya anda lupakan saja setiap bantuan yang telah anda berikan kepada seseorang. sebaliknya tanamkan dalam diri sikap mengagong-agongkan setiap bantuan orang terhadap diri kita, disamping jgn lupa mengucapkan syukur kehadrat Allah swt yang telah menghantar orang tersebut untuk membantu kita.

berbuat baiklah hanya kerana Allah, dan mengharapkan balasan nikmat dari Nya, bukan dari mereka yang telah anda bantu. nescaya anda akan merasakan kemanisan ibadah anda itu. jauhkan dari bersikap riak, takbur dan menunjuk2, kerana Allah membenci mereka yg sedemikian.

No comments:

Post a Comment