Tuesday, June 22, 2010

pErJaLAnAN mEnGhArUnGi mAsA

salam kembali kpd yang sudi singgah. terima kasih kerana masih menjengguk walaupun dah bersawang kerana sebulan ditinggalkan..... bukan dah xaktif dari dunia blogging tp kerana pengejaran masa yang terlalu pantas.......

hari ni 22 Jun 2010.
bererti genab sebulan aku dah menjalankan operasi mencari nafkah menyara keluarga dari rumah.. selama tempoh itu, hanya ucapan alhamdulillah yang dapat aku ungkapkan. kerana dengan kurniaan Nya yang xdisangka-sangka. dari celik mata hingga ke awal pagi laptop ni xputus2 melakarkan lukisan2 bangunan. tiada peluang dan ruang langsung untuk online ke blog.

jadual harian tentunya telah berubah dari sediakala. kalau dulu bergegas ke pejabat, sekarang hanya perlu beberapa langkah ke meja kerja. namun perbezaan amat ketara dari segi penyusunan masa.

selain dari kerjaya melukis, ditambah sibuk lagi dengan aktiviti luar....... itulah salah satu penymbang kepada kesibukkan yg ketara..... dah tentunya aku menyebukkan diri dengan Pertahanan Awam. yelah sejak angkat sumpah pada 25 april yg lalu. aku dah berazam akan menaburkan bakti setakat terdaya kepada bangsa dan negara. memang secara dasarnya aku hanya menumpang lalu dari JPAM menuju ke PDRM. tp benarlah kata org2 lama "xkenal maka xcinta". banyak ilmu yg boleh dipelajari dari JPAM. lagipun sementara menunggu peluang ke PDRM apa salahnya aku berjinak2 dulu dengan medic. bukankah itu pun satu usaha 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'.

berkhidmat untuk keluarga pn satu perkara yang perlu dipandang serius. Alhamdulillah sejak beroperasi dari rumah ni aku dapat rasakan kesegaran pada diri dan minda. xperlu sakit hati, xperlu makan hati, xperlu busuk hati. segala yang aku lakukan semuanya untuk keluarga, bukan untuk kepentingan pihak tertentu...... aku dapat rasakan kemanisan dan kebahagiaan melayan kerenah anak2. kalau dulu bila anak2 bermanja tentu mood akan mempengaruhi tindakan aku, tp kini bila diri dan minda adalah milik aku sendiri, aku mampu mempersembahkan diri aku yg sebenar sebagai seorang ayah kepada anak2. kalau dulu makan malam akan ada 5 pinggan, kini kebiasaannya hanya tinggal 2 pinggan diperlukan. bukan sebab kekurangan bahan makanan, tp anak2 lebih manja dan minta disuapkan...... semoga kebahagiaan yang telah aku dambakan selama 15 tahun ini akan Allah kekalkan hingga ke akhir hayat.....

waAllahu aklam.......

No comments:

Post a Comment