Friday, August 13, 2010

oGoS bULaN kemERdEKaaN

beberapa hari saje lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. tahun ini merupakan tahun ke-2 kita menyambut kemerdekaan dalam bulan Ramadhan. ... alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana telah mengurniakan kita sebuah kemerdekaan dari jajahan secara terang-terangan. namun dengan kurniaan tersebut adakah kita juga telah bebas dari jajahan secara sulit? persoalan ini hanya kita sendiri mampu menjawabnya........

seandainya bukan dalam bulan ramadhan, sambutan kemerdekaan itu saje telah membuktikan segalanya. adakah kita telah benar-benar merdeka atau sebaliknya?...... laporan media pada keesokkan harinya pasti tidak ketinggalan dari topik2 hangat, seperti mat rempit, perjudian, pergaulan bebas tak ketinggalan juga arak dan penyalahgunaan dadah.

sampai bilakah semua gejala sosial ini akan berlarutan? pada siapakah hendak kita letakkan tanggungan dan pada siapa pula yang akan menjawab? adakah salah dari ibubapa, guru-guru, pihak penganjur, atau pada remaja itu sendiri? atau mungkin juga salah ini berpunca dari pejuang-pajuang negara yang bermodalkan darah mereka sendiri untuk menuntut kemerdekaan ini?..................

aku rasa jawapannya ada pada diri masing2, kerana kemerddekaan itu sendiri membawa pengertian yang berbeza2 bagi setiap individu..... kalau aku ditanya soalan sebegini aku juga tidak mampu menjawab selain dari mengatakan. "aku bukanlah sasterawan, juga bukan sejarahwan dan jauh sekali negarawan, aku hanyalah seorang penulis suka-suka dengan sekadar coretan biasa"

waallahuaklam.....

No comments:

Post a Comment