Wednesday, September 1, 2010

kArniVal Murni cEGAh jEnAyAH



7hb ogos yang lalu aku dan beberapa ahli Biro Cegah Jenayah dapat jemputan dari Balai Polis Pelangi Indah, untuk menghadiri karnival murni cegah jenayah yang diadakan di IKBN Pagoh Muar.

ringkasan cerita dari perjalanan hari tersebut telah merentap-rentap hati aku untuk menonton semula movie arahan dato' Jins samsudin pada tahun 80'an. BUKIT KEPONG. dah lama xtengok movie ni, zaman kanak2 dulu inilah movie pertama dalam hidup yang aku tonton dipanggung wayang. tayangannya kalau xsilap dalam bulan syawal. masih aku ingat lagi, beraya sakan aku dengan abang aku semata2 untuk kumpul duit raya bagi membeli tiket wayang.

tapi mungkin zaman tu aku masih terlalu kanak2 untuk memahami erti semua itu. kini setelah hampir 30 tahun movie itu tontoni semula, tiba-tiba hati aku jadi sebak tanpa perlu diarahkan. airmata menggenangi kelopak mata. terutama pada scene awal semua anggota melapor kpd sarjan mereka..........




xtau kenapa, mengapa dan bagaimana semua itu boleh terjadi. yang pasti aku dah tau mereka itu semua akan mati pada penghujungnya......... tapi akhirnya sebak hati aku terubat bila pikirkan lebih jauh lagi. sesungguhnya mereka ini semua tidak mati sebaliknya hanya gugur syahid, yang mana Allah telah janjikan balasan syurga untuk mereka semua.


al-Fatehah. kepada mereka dan juga kepada semua pejuang bangsa dan negara yang telah gugur mempertahankan bumi berdaulat ini. sama ada gugur mereka secara syahid mahupun sebaliknya. semoga Allah merahmati roh mereka semua dan menempatkan semuanya bersama2 para ambia' dan syuhada'. amin.....

No comments:

Post a Comment