Thursday, September 2, 2010

LaiLatULqaDAr & sELaMaT hARi rAYA

hari ini 2 sept bersamaan 23 Ramadhan.

bermakna tinggal hanya seminggu sahaja lagi kita berada di dalam bulan Ramadhan. kemudian ia akan pergi meninggalkan kita selama 11 bulan mendatang. Ramadhan itu pasti dan pasti akan datang kembali. namun yang masih belum pasti adakah hayat kita untuk bersamanya lagi...........? sedari itu gunakanlah sisa-sisa kesempatan ini merebut segala keberkatan bulan yang mulia ini.....

alhamdulillah tugasan kerjaya aku dah selesai semuanya semalam. semua plan dah sattle, dah serah, dah hantar claim. tinggal tunggu payment clear je... budak sekolah pun esok lastday. isteri aku pun esok lastday keje, aku lak dah sattle keje awal2 lagi. so malam esok insyaallah kalau xde apa2 halangan, cam tahun2 sudah, lepas solat terawikh, bertolak balik ke kampung. memang rasanya masih terlalu awal, tapi disebabkan sekolah dah tutup awal, isteri aku pun dapat cuti awal, keje2 aku pun dah sattle awal, so balik la awal-awal. dah lama menahan rindu suasana kampung. sawah, ladang, kerbau, pacat dan segalanya...... mengharungi perjalanan sejauh 12 jam adalah satu keindahan dan keseronokkan bagi yang tahu menilai tahap keseniannya...... cheewah macam org seni lak aku ni, hehe.

dikesempatan ini nak ucapkan selamat mencari lailatulqadar, selamat mempergiatkan ibadah, selamat memandu bagi mereka yang memulakan perjalanan awal seperti aku, dan selamat menyabut hari lebaran.... dikesempatan ini juga nak menyusun sepuluh jari mewakili seisi keluarga memohon maaf, sekiranya sepanjang berbloging ini ada terkasar bahasa, terlepas pandang, tersinggung perasaan mana2 pihak, segala silap dan salah harap dimaafkan. sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang xsunyi dari melakukan kesilapan.

insyaallah andainya ada umur panjang sambung lagi berblogging selepas raya nanti....

No comments:

Post a Comment