Thursday, August 13, 2020

oTak mAsUK aiR, jANTunG bERdEgUp kEncAnG

 

hari ni khamis, 13 ogos 2020 bersamaan 22 zulhijjah 1441hijrah

 

entry kali ni aku nak berkongsi tentang satu masalah exora. Masalah ni mungkin berlaku kepada sesetengah pemilik exora tapi, lain pula tindakan yang diambil oleh mekanik. Aku tak bermaksud hendak meremahkan atau mengkondem mana-mana mekanik, sebaliknya aku sekadar nak berkongsi apa yang telah terjadi kepada exora aku. Jom kita layan story kat bawah ni. Korang kena rajinkan diri membaca la ye, sebab aku bukan seorang youtuber, boleh syer sesuatu entry dengan hanya bercakap dan disertakan video. Aku hanyalah seorang blogger.. hihi

 

aku akan ceritakan kisah ni dari mula exora aku diserang virus.

 

Pertama:

Lebih kurang setahun yang lalu exora aku ada sintom-sintom pelik mula berlaku iaitu, sedang aku memandu, panel meter akan berkelip. Dia lebih kurang macamana korang nak usya awex la gitu. Kelip sebelah mata.. haha.. kelip kejap dan bukak mata… alah macam kenyit la gitu.. kenyit tau, bukan kunyit.. macam tu la juga panel meter exora aku.. dia akan mati dalam 1 saat kemudian hidup semula. Korang bayangkan panel meter mati tu seolah-olah dalam keadaan korang switch off key. Lampu dan indication pada panel meter semua padam, meter RPM dan Odometer akan jatuh sesaat dua kembali pada kedudukan switch off. Kemudian dia on semula dan berkerja seperti biasa. Apa yang peliknya, hanya panel meter yang akan ter’off’ seketika. manakala system selainnya seperti radio, aircond, lampu, wiper malah enjin berjalan seperti biasa. Keadaan ni kerap berlaku terutamanya bila keadaan jalan tak rata, atau semasa aku langgar line kuning.

 


Maka aku pun try-try survey dari ‘pakcik google’ dan forum-forum berkaitan exora. Malangnya tiada yang memberikan jawapan yang menyakinkan.

 


1. Ada yang kata “mungkin clip socket meter longgar.” Ada logiknya pandangan ni. Sebab bila melalui jalan tak rata kelipan panel meter tu semakin kerap berlaku.

 

2. Ada yang kata “itu tanda-tanda meter ko dah nak kong, standby je la duit beli meter baru.”… mungkin juga kot, tapi kalau betul la pandangan tu, pada aku biarkan je lah dulu sampai meter tu betul-betul kong nanti baru tukar. Barang masih boleh guna buat apa nak tukar. Betul tak?

 

3. Ada yang kata “fius ko dah blow tu. Tukar je fius, tak payah beli meter baru, fius baru 5 posen. Meter dah berapa mahal bro…tukar je fius, sattle masalah” pada aku inilah pendapat yang langsung takde akal. Bukan tak masuk akal lagi, ini memang dah kategori takde akal terus… atau mungkin macam abang koroy (youtuber channel koroy tv) “otak tinggal kat mana dik?”… haha..

 

Aku rasa tak payah la aku ulas pasal fius blow ni. Sebab aku rasa korang pun taukan apa kesan kalau fius dah putus…? Ni satu contoh je pandangan yang tak berakal, sebenarnya banyak lagi pandangan-pandangan yang menunjukkan sel-sel otak kurang berhubung. Tapi takpelah aku meraikan semua pandangan.

 

So dipendekkan cerita, (sebab korang pun malas nak membaca banyak-banyak kan.. haha). Aku ignore je masalah panel meter yang rajin mati-mati tu. As long semua system wiring, enjin, aircond takde effect apa-apa. Masih boleh bergerak macam biasa. Lagipun exora aku ni lebih banyak parking je dari bergerak. Purata kegunaan sebulan tak sampai 400km.

 

Kedua :

Hujung minggu lepas aku balik ke kampung, batu pahat. Masa kat kampung tu sempat la hantar sepupu aku gi pasar, cuaca memang panas terik, aku tunggu dalam exora je sambil sejukkan badan pekena aircond. Balik dari pasar, parking exora bawah pokok kelapa, kasi dia berteduh sikit. Dah lock alarm semua, tetiba dalam 3 atau 4 minit kemudian kipas radiator aku boleh on sendiri. Korang pun tau la kan fan radiator exora ni kalau dia tengah running memang kuat berdengung bunyinya. Dari dalam rumah pun boleh dengar… Aku dah hairan. Padahal kunci dah lama cabut, malah dah activated alarm pun, camana kipas radiator boleh on dengan sendirinya???... takkan tengah-tengahari buta ada hantu kacau exora aku kot. haha

 

Aku deactivated alarm, cucuk kunci, ‘on’kan switch, ‘off’kan semula switch. selang 15 -20 saat, aku buat lagi perkara yang sama. setelah 2 atau 3 kali percubaan baru radiator fan tu berhenti..

 

Ketiga :

Sebelum asar aku bertolak balik ke JB. Semuanya Nampak macam biasa-biasa je. Cuaca masih panas membahang. Beberapa meter sebelum melepasi pondok tol keluar senai utara, dalam keadaan exora meluncur sendiri tanpa menekan pedal minyak, tetiba tayar depan seakan-akan terkunci dan dilepaskan semula. Lock and release. Wife aku kat sebelah tenung muka aku sambil cakap, “jangan main-main, kalau ada kereta kat belakang, tak pasal-pasal kena rempuh”.. aku jawab, “siapa main-main, tayar ni lock sendiri la”.. lepas touch N go aku menekan semula pedal minyak untuk meneruskan perjalanan, tapi malangnya selepas beberapa meter, keadaan lock and release tadi terjadi lagi. Kami mula terdiam dan memandang sesama sendiri, kedua-dua anak aku di kerusi belakang dah mula terhantuk kepala ke depan. Sambil bertanya, “kenapa bah?”. Aku jawab “tak tau lah”.. beberapa meter kedepan, keadaan yang sama terjadi lagi, malah lebih teruk, semasa lock tyre tu sampai berkokok tayar dan tergoncang lebih kuat. Aku buat keputusan berhenti di emergency lane. Matikan enjin beberapa minit. Kemudian hidupkan semula. Dengan harapan, konon-kononnya cara matikan switch tu boleh reset semula apa-apa masalah yang ada.


setelah hampir 2 minit aku switch on semula, nampak panel meter berfungsi seperti biasa.... cuba hidupkan semula enjin pula, enjin pun hidup seperti biasa, takde masalah. Aku pun cuba sambung semula perjalanan. Tapi malangnya beberapa meter bergerak kedepan keadaan lock and release tadi jadi lagi. jantung aku semakin berdegup kencang, macam-macam persoalan bermain didalam otak. kenapa ni? apa masalah ni?. camana kami nak balik ni? nak mintak tolong siapa ni?.. hari semakin gelap ni, jalan didepan semakin sesak ni.. time orang balik kerja.. aduhh. isteri dan anak-anak aku dah semakin trauma, aku lagilah, tak payah cakap. melihatkan riak muka meraka, semakin menambahkan keserabutan didalam kepala otak aku... aku cuba gagahkan juga memandu exora yang bermasalah tu perlahan-lahan... Walaupun dalam keadaan pucat dan seram, kali ni aku cuba perhatikan waktu bila masalah tu akan berlaku… sebab bila dah capai satu tahap kelajuan, masalah tu terus hilang. Bila exora aku perlahan, masalah itu akan jadi semula. So aku suspect, mungkin masalah cluth plate atau pun gear box. Sebab kejadian lock and release tu akn berlaku semasa auto pertukaran gear. So aku pun try alihkan gear secara manual. Bila berhenti di traffic light aku akan mulakan perjalanan dengan menggunakan gear 1, bila keadaan dah sedia baru aku alihkan ke gear 2. dan tentulah semasa pertukaran gear tu akan terjadi lagi lock and release. semakin naik gear, semakin kuat kejadian lock and release tu. sampai berkokok tayar. apa yang aku takutkan semasa lock tu kenderaan di belakang aku secara tak sengaja ter'rempuh' aku.. dah lain pulak ceritanya nanti.


Aku gagahkan juga bergerak selaju mana yang boleh hanya sehingga ke gear 3 saje. sebab aku khuatir seandainya masuk ke gear D nanti lock akan menjadi lebih kuat, tambahan pula perjalanan aku yang seterusnya banyak mendaki dan menuruni bukit. seandainya gear pada kedudukan D, mestilah banyak kali ia perlu bertukar ke gear 3 ataupun gear 2. semakin kerap pertukaran gear berlaku, semakin banyaklah lock and release yang terpaksa kami alami. silap haribulan boleh gugur jantung kami nanti...

 

Korang pun paham la, kalau dah guna gear 3 sepanjang jalan maknanya aku tak boleh speed laju. Sehabis maksima kelajuan aku hanyalah 50-60km/j je. Bila intai ke cermin pandang belakang, memang bersusun la kenderaan di belakang aku. mana taknya, masih berbaki 20-25km tu jauh nya perjalanan kami untuk smpai ke rumah. Mintak maaf la bebanyak. Nak buat macamana. Nak towing, lagi mahal kos. Nak tunggu sampai jalan kosong, rasanya pukul 12 malam pun jalan area JB ni memang susah nak kosong. Apa yang aku boleh buat nyalakan hazard je la, dan keluarkan tangan sebagai isyarat suruh mereka memotong, bila keadaan jalan didepan mengizinkan, sekurang-kurangnya orang lain faham, aku sedang dalam masalah.

 

Dengan perasaan yang penuh ketakutan dan muka dah semakin pucat, takut-takut masalah makin jadi lebih berat, sepanjang jalan berdoa je la, semoga Allah permudahkan kami selamat sampai kerumah…. Alhamdulillah azan maghrib kami sampai ke rumah. Parking dulu elok-elok. Tenangkan fikiran. Nanti baru cari source, macamana nak sattle masalah ni.

 

Sekali lagi aku try usya-usya dari ‘uncle google’, selak-selak dari forum-forum pemilik exora, tapi seolah-olak takde satu topik pun yang mengetengahkan masalah seperti yang aku alami. Apa yang aku jumpa kebanyakkannya bersembang tentang gearbox exora bermasalah. Kos untuk gearbox sahaja mencecah 6k hingga 10k. ada yang membandingkan exora dengan velfire. Ada yang kata, nasib baik aku dah jual exora aku. Dah la tak laju, minyak kuat. dan bermacam-macam lagilah kerenah yang aku jumpa, bukannya menyelesaikan masalah, sebaliknya merapu entah kemana.. boleh ke membandingkan exora dengan velfire. ada juga yang menyamakan exora dengan lori sampah.. haha.. sabar jelah kepada pemilik exora semua.. Tapi tak kurang juga yang kata dah pakai 8 tahun exora, takde apa-apa masalah.

 

Namun akhirnya aku terpaksa mencari source dari sudut lain, sebab forum-forum yang ada di ‘uncle google’ langsung tidak membantu. malah ada seorang forumer yang aku rasanya akal dia tertinggal kat dapur kot. Sebab dengan yakin tahap superman boleh terbang, dia memberikan nasihat, jangan terlalu suka menukar gear auto D pada kedudukan N, bila berhenti di trafic light, memadai dengan menekan pedal brek aje. Dia mencadangkan lagi “kalau nak jangka hayat gearbox boleh tahan lama, sebaik memulakan perjalanan dengan gear pada kedudukan D, jangan diubah-ubah hinggalah sampai ke destinasi baru alihkan pada kedudukan N. gear P pun seeloknya jangan di gunakan, semasa parking kenderaan. Hanya gunakan R, N dan D sahaja. alasannya kalau selalu tukar gear, itulah punca gearbox cepat rosak. Sebab gear itu telah direkakan auto, taulah dia nak buat kerjanya…”

 

Sebelum otak aku pun tercicir ntah kemana nanti, baik aku left dari forum ni… haha… bersabar hingga hari isnin, tunggu workshop kereta buka. Akhirnya aku pergi ke workshop seorang kawan yang biasa servis exora aku ni dengan menaikki motor je. Nak bawak exora terus, seram dengan keadaanya.. setelah menceritakan apa masalah aku, Adi menasihatkan aku pergi ke kedai wiring yang mempunyai alat untuk memeriksa system ECU ataupun orang biasa sebut computer box. Adi siap rekmenkan kedai mana yang boleh dipercayai. Walaupun formen tersebut berbangsa chinese.

 

Alhamdulillah selamat sampai ke bengkel. Tanpa terima ‘hadiah hon maki’ dari pengguna jalan raya yang lain..


Setelah aku menelefon formen tersebut dan membuat temujanji. Akhirnya aku gagahkan juga memandu exora ke sana. Sekali lagi episod seram terpaksa aku lalui. Memandu exora dengan masalah penukaran gear… sampai di kedai tersebut, Asin cek menggunakan alatan elektroniknya, namun no found defect. Setelah 3 kali percubaan, namun masih gagal. Lalu dia membuka ECU exora, ternyata…. Disinilah punca segalanya... Kotak ECU telah dibanjiri dengan air pepeluhan dari hose aircond. Asin memberitahu aku, memang ada beberapa kes exora yang mana kotak ECUnya ditenggelami air dari hose aircond, ini kerana kedudukan kotak ECU itu betul-betul berada dibawah hos laluan blower aircond ke grill di dashboard. wap pepeluhan aircond itu sepatutnya disalurkan keluar melalui drain paip dibawah enjin, tapi disebabkan keadaan aircond yang terlalu sejuk telah menghasilkan pemeluapan wap air pada dinding luar hos. Dan wap air tersebut lah yang menitik ke atas wayar ECU, dan seterusnya mengalir melalui wayar tersebut singgah di socket ECU dan terus bertakung di dalam kotak ECU. Dengan caj sebanyak RM350 Asin menggunakan kepakarannya membaiki ECU tersebut. 

 

Kesan hijau macam air liur basi.. eee


Menurut Asin masalah ECU exora ni telah lama berlaku, kerana kesan air pada socket penyambung telah bertukar menjadi hijau seakan lumut. Ini adalah kesan tindakbalas air terhadap caj elektrik. Namun sikap ignore aku telah menyebabkan takungan air didalam kotak ECU semakin lama semakin banyak, Cuma, mungkin masih belum menenggelamkan papan PCB, sebab tu bila aku melalui jalan tidak rata, air didalam kotak ECU akan berkocak dan merecik mengenai bahagian-bahagian tertentu dan menyebabkan panel meter exora sering mati, tapi disebabkan setiap aliran elektrik akan menghasilkan haba, secara tak langsung haba tadi mengeringkan litar pada papan PCB, dan panel meter dapat berfungi semula. Begitulah keadaannya berulang setiap kali aku memandu dalam keadaan jalan yang tak rata.

 

Air yang bertakung boleh bela ikan. Kalau dari awal aku bela benih tilapia, sekarang ni dah boleh goreng 3 rasa kot… hihi..


Sehinggalah bila mana wap air pepeluhan aircond semakin banyak terkumpul didalam kotak ECU, mungkin hingga menenggelamkan bahagian yang mengawal pertukaran gear, maka masalah yang terjadi seakan-akan berpunca pada gearbox. Asin kata “nasib baik Adi suruh u mari sini cek dulu ECU (electronic Control Unit), kalau Adi jahat dia sudah caj u gearbox loo, itu gearbox bukan murah-murah, manyak ribu woo, sudah ramai exora kena tipu. Tapi itu Adi, baik punya budak”. Alhamdulillah, pada aku bukan Adi je baik, “kau pun baik, Asin” sebab kalau kau nak tipu aku, boleh je kau cakap ECU aku dah kong sebab terendam air, boleh je ko cakap kena beli ECU baru yang harganya mencecah ribuan ringgit. Tapi atas kebaikkan kau tu, kau keringkan dan repair mana-mana yang perlu. Dan apa yang aku merasakan Asin ni betul-betul baik, beberapa hari kemudian aku terfikir untuk membungkus atau lindungi kotak ECU dengan plastic supaya wap pepeluhan aircond tu tak termasuk lagi kedalam ECU. Sebaik aku terbongkok-bongkok nak membuka kotak ECU dibawah dashboard, aku dapati Asin dah terlebih dahulu melindungi kotak ECU tu dengan plastic… Alhamdullillah, Allah temukan aku dengan orang yang baik-baik. Semoga Allah memberikan hidayah pada kau Asin.. selesai masalah Pertama: dan Ketiga :

 

Siap dah cover dengan plastic


Dengan rasa bersyukur dan senang hati aku kembali ke kedai Adi untuk mengucapkan terima kasih dan menyelesaikan masalah Kedua : Menurut Adi bukannya radiotor fan aku yang berpusing dengan sendirinya, sebaliknya itu adalah backup fan untuk aircond. Disebabkan main radioator fan aku telah kong, maka backup fan pun berpusing sendiri, walaupun aku dah parking exora. Ini kerana backup fan agak kecil sedikit berbanding main radioator fan dan sudah tentulah ia mengambil masa yang lebih panjang bagi memastikan suhu enjin dalam keadaan terkawal. Menurut Adi lagi ini adalah system elektronik yang dilengkapkan kepada exora bagi mengurangkan kepanasan didalam enjin seterusnya dapat mengelakkan gasket pada enjin terbakar. Korang pun tentu tau kalau gasket enjin dah terbakar, kos untuk membaik pulih mencecah ribuan ringgit, kerana enjin mesti dicabut keluar. Alhamdulillah aku Cuma perlu modalkan RM245 saje untuk menggantikan motor fan tersebut.

  

Motor fan ni boleh buat gasing kot. Main petang-petang belakang rumah


Ada jiran aku bertanya, “kenapa tak buat radiator fan tu kat kedai Asin terus. Dia kan workshop elektrik, mesti dia boleh buat. Kenapa balik ke workshop Adi, padahal kan dia workshop enjin?”… Aku Cuma diam dan tersenyum seolah-olah takde jawapan. Sebaliknya dalam hati aku ada jawapan yang sengaja tak nak aku luahkan… tapi untuk korang yang terbaca entry ni. Aku nak kongsikan jawapan dalam hati aku tu. ‘salah ke kalau aku kongsikan rezeki dari Allah kepada mereka berdua. Meskipun Asin berbangsa chinese tapi dengan sikap jujurnya itu menyebabkan aku ikhlas untuk berurusniaga dengannya, manakala Adi yang seagama denganku juga mempunyai sikap jujur seperti Asin dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai mekanik.’

Inilah yang aku maksudkan otak masuk air, jantung berdegup kencang


 

Aku tinggalkan alamat dan no hp diorang kalau-kalau korang menghadapi masalah seperti aku. Mudah-mudahan ia boleh membantu. Tidaklah seperti di forum yang mengarut lagi kelaut itu.. haha…. bagi korang yang tinggal jauh dari ulu tiram. boleh je kemana-mana workshop yang menyediakan perkhidmatan yang sama. cuma pesan aku, janganlah sampai korang tertipu dengan sikap segelintir formen yang tidak jujur. bila pertukaran gear bermasalah, terus caj gearbox. sebab masalah tu memang memerlukan kos ribuan ringgit... atlease dengan cerita aku ni boleh la dijadikan panduan.

WaAllahuaklam..

1 comment:

  1. berita terkini. semasa cuti merdeka kami travel ke muar, masalah meter berkelip. rupanya masih terjadi lagi, cuma ia tidak sekerap sebelum ni. dalam seminit pasti sekali atau 2 kali akan berlaku meter berkelip. tapi yang terkini, dalam 3 atau 4 minit meter akan berkelip sekali.

    namun masalah pada pertukaran gear tu nampaknya masih ok lagi. belum berulang lagi. aku tak berani kata 'TAK JADI LAGI'.. setekat ni aku cuma berani cakap 'BELUM JADI LAGI'

    mungkin kah ia akan terjadi lagi seperti masalah dalam entry ni??? kita cuba selesaikan masalah ni setekat mana yang mampu.. semoga Allah permmudahkan.. aminn..

    ReplyDelete