Thursday, February 25, 2021

diAM tAk DiaM… biSiNg puN tAk biSiNG

 

masa berlalu begitu pantas, diam tak diam (gaya cakap orang-orang lama) hari ni dah 25 febuary 2021 bersamaan 13 rejab 1442.

 

Sebulan lebih aku tak menjenguk langsung ke blog tempat aku melepak ni. Sebab akhir-akhir ni memang lepak, tak de masa terluang langsung.. ramai orang kata, “PKP ni ramai yang hilang kerja.” tak kurang juga yang dibuang kerja, malah ada juga yang terlebih kerja, contohnya syarikat penghantaran.

 

Aku sendiri, macamana?

 

Kerja hakiki memang terus takde, tapi kerja merapu semakin banyak pulak. aku lah nak menyapu rumah, aku lah nak menyiram pokok-pokok tanaman, aku lah nak beri ikan makan, cuci penapis kolam. Hahaha… tu lom lagi cerita, akulah jadi tukang paip, akulah jadi tukang pecahkan rumah, aku lah juru welding.. haii, kenapa jadi banyak pulak kerja aku ni…? Itulah namanya kerja merapu. Kerja ada, gaji takde, hihi..

 

Merapu sangat sampai tak de masa nak melepak dalam blog bumi yang gersang ni… bila bercakap pasal bumi yang gersang ni. Kat tempat aku ni dah lebih sebulan tak turun hujan. Pokok-pokok kekeringan, daun berguguran, tanah merekah. Kata jab meteorology tengah monsun sekarang ni.

 

cukup ke sebotol air je tu? kalau tak cukup terjun terus dalam kolam mata air tu



Hari ni khamis, aku ubah jadual kebiasaannya melayan pokok-pokok dan ikan di kolam, sebaliknya lebih membuat kerja-kerja dalam rumah. Sebab cuaca panas sangat diluar sana, takut dihyderation pulak aku nanti, xsempat nak bertahan sampai ke azan maghrib.

 

Doa yang biasa kita dengan dalam bulan rejab.. “Ya allah berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban, dan temukan lah kami dengan ramadhan..”

 

Tak lama dah nak puasa.

 

wAllahuaklam



No comments:

Post a Comment