Thursday, December 24, 2009

mAsA bErLALu, mUsiM bERuBAh

hari ini 24 dec 2009.

bermakna telah genablah usia jasadku selama 35 tahun berada di atas muka bumi yang fana ini. secara rasminya telah 35 tahun jantung yang tersemat dalan tubuh ini menjalankan tanggungjawabnya mengepam darah keseluruh pelusuk liang-liang saraf. ini adalah bertepatan bagi mamatuhi perintah tuhannya, Allah Ya Robbulalamin.

selama 35 tahun ini, tanpa ingkar walau sesaat pun jantung ini telah menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan setiap liang saraf mendapatkan bekalan darah yang diperlukan. cuba perhatikan betapa taat dan patuhnya jantung yang Allah pinjamkan kepada ku itu melaksanakan amanahnya. sebaliknya bertanya aku pada diri sendiri, apakah dalam tempoh yang selama ini aku juga taat dan sentiasa patuh kepada arahan dan perintah tuhan pencipta ku, iaitu Allah Ya zhal Jalaliwalikrom?...................persoalan itu tidak mampu aku huraikan.

jika hendak dibandingkan dari sudut ketaatan melaksanakan perintah, keperkasaan diri ini hanyalah kelemahan yang amat mengaibkan berbanding dengan segenggam jantung itu..... Ya Allah betapa kerdilnya diri ku ini........ namun aku harus berdo'a dan berharap semoga Allah sentiasa memberi ruang dan peluang untuk aku memperbaiki setiap kelalaian dan ketelanjuran diri............

Ya Allah, ya tuhan ku, ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku. kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sedari kecil lagi, muliakan mereka sebagaimana mulianya Kau jadikan Adam dan Hawa.
Ya Allah, ya tuhan kami, panjangkanlah umur ku dan keturunanku dalam kebajikan, peroleh rezeki yang halal dan matikanlah kami dalam iman yang sempurna. berikanlah keredhaan Mu kepada kami. janganlah disesatkan kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami. Amin Ya Robbalalamin.......

No comments:

Post a Comment