Wednesday, February 3, 2010

mAsa bERLALu mUsIM bErUBah

pagi ni cam biasa, bangun seawal 5.30 pagi kejutkan anak untuk bersiap ke sekolah, sambil tu aku buatkan sarapan utk mengalas perut anak kecil tersebut dalam perjuangan menuntut ilmu. sementara tu isteri aku tengah sibuk bersiap utk ke "kelas".

perjalanan pagi selama sebulan ni telah berubah. kerana isteriku menyambung pengajiannya selama setahun di Kolej Kejururawatan HSA. bermakna terpaksalah dia bertolak awal dengan memandu kereta sendiri. manakala aku seperti biasa sebelum ketempat kerja sekitar jam 7.15 pagi, menghantar anak2 ke tempat penjagaan terlebih dulu.

pagi ni agak mengecewakan aku. bukan kerana sesuatu perkara yang berat sebaliknya hanya perkara remeh...... elok menuruni interchange taman desa cemerlang / taman gaya. aku ternampak sebuah kereta satria tersadai dibahu jalan. kelihatan seorang pemuda dengan sepenuh kudrat cuba menolak jentera beroda 4 tersebut, manakala seorang wanita yang aku jangkakan isteri kepada pemuda tadi berada di dalamnya.

sebagai seorang hamba yang hanya menumpang aku rasa terpanggil untuk membantu apa yang mampu. ye lah memandangkan seorang pemuda yang perlu menolak kereta seorang diri pada jalan yang sedikit mendaki bukit, rasanya boleh putus urat keting dibuatnya....... aku pun bukanlah kuat sangat, hanya berbekalkan badan seberat 56kg dan ketinggian 169cm rasanya juga tak mampu untuk menggerakkan satria tersebut. tapi dengan seketul otak yang Allah pinjamkan rasanya aku mampu berbuat demikian. dengan cara apa?.......... dengan menggunakan cable penunda yang memang sentiasa ada dalam kenderaanku. hehehe. setidaknya mungkin bantuan berupa meminjamkan hp masih berharga kepada mereka. manalah taukan kot2 hp diorang kehabisan credit ke, dengan cara tu boleh la gak diorang meminta bantuan dari adik beradik ke, sedara mara terdekat ke, call foreman ke.......... tapi apakan daya keadaan jalan yang sedikit sesak kerana kerosakkan satria tersebut dan diekori rapat dari belakang aku gagal untuk berhenti di bahu jalan.

sudahnya aku terpaksa meneruskan pemanduan, namun keikhlasan untuk membantu masih berkobar2 dalam diri dan bila aku jeling dari cermin pandang belakang, memang menepati jangkaan pemuda tu gagal menggerakan satria tersebut. dalam pada masa yg sama aku memikirkan kerosakkan itu akan menyumbang kepada kesesakan jalanraya terutamanya pada waktu kemuncak sebegini. lebih membahayakan sekiranya terdapat penunggang motorsikal yang suka mencilok dengan laju dari celahan kenderaan, dan seandainya cilok tersebut ke selah kiri lorong.............. dah tentunya kerosakkan yg sedikit tadi boleh bertukar menjadi kemalangan yang serius...... lagipun 1km dihadapan terdapat sebuah petronas, bukan ke lebih elok dipindah satria tersebut ke tempat yg lebih selamat, selamat bagi mereka suami isteri dari rempuhan kenderaan besar yang laju menggila, dan lebih selamat serta lancar bagi pengguna jalanraya yang lain.

memandangkan waktu masih awal untuk punch card, dan berbekalkan satu tekat untuk membantu aku membuat pusingan u di interchange jusco tebrau. jarak lebih kurang 8km dari kerosakkan tersebut. elok sampai ditempat kejadian aku dapati pemuda tersebut bersama isterinya sedang duduk didalam satrianya. aku berhenti ditepi jalan sambil menyalakan hazard dan menghampiri pemuda tadi, lalu bertanyakan ttg kerosakkan. dia menjawab ringkas, "rosak".
"ada apa2 yang boleh saya bantu?"
"xpe, xpe aku dah tipon adik, panggil dia datang".
"tak la, kalau awak nak kawan tarikkan boleh la, kawan ada cable tarik"
"ingat mmg mcm tu la. tp xpe la xpe, dah panggil adik datang, dia pun pakai van jugak"
"betul ni xnk kawan tolong, bukan apa, jalan sesak ni. kalau nak kawan tarikkan boleh la park kat petronas depan tu, xbahaya sangat. lagipun kawan masih ada masa ni nak masuk keje"
"xpelah dah tipon adik, terima kasih jelah". sambil dia masuk semula kedalam keretanya

aku pun dengan hati yang hampa sbb tak dapat menolong terus berlalu dari situ ke tempat kerja. dalam perjalanan tu aku terpikir kenapa gaknya mamat ni tak nak aku tolong?
(A) muka penyamun ke aku ni?
(B) atau muka penarik kete ke, yg mana setiap km dikenakan bayaran melambung?
(C) atau mungkin juga muka aku ada kat balai, 'WANTED'?
(D) atau mungkinkah dia xnak menghampakan adiknya yang dah diberitahu?

xpelah bagi melatih hati dan diri bersangka baik, aku buat keputusan memilih jawapan 'D'. meskipun jawapan tu la yang paling tak praktikal dengan keadaan jalanraya dan faktor keselamatan pengguna jalanraya yang lain pada waktu tu..... pagi jumaat yang lalu melalui rancangan 'sinar pagi bersama Kreil, KE & SY' aku ada mendengar luahan kecewa seorang pemandu lori yang ingin menolong seorang makcik yang kerosakkan kereta. namun nasib dan sikap perihatin pemandu lori itu telah disalahertikan oleh makcik tersebut, beliau bergegas masuk kedalam keretanya yang rosak lalu menguncikan pintu dari dalam sambil memeluk erat beg tangannya......... kesian aku pada abang lori yang berjiwa mulia tersebut, lahir juga rasa geram pada makcik yang tak pandai menterjemahkan bantuan atau padah. pagi ni aku lak yang merasa bagaimana kecewanya perasaan abang lori tersebut. cuma kes aku tak la seteruk abang lori dengan makcik tu.

dalam kedua-dua kes ini tidak boleh disalahkan makcik dan pemuda satria tersebut. mereka hanya memikirkan faktor keselamatan diri sebelum muncul masalah yang lebih buruk lagi, mungkin bagi mereka biar pengguna jalanraya lain menghadapi kesesakan atas kerosakkan mereka, daripada mereka sendiri diancam bahaya. kenyataan ini agak berbentuk selfish, tapi kebiasaannya itulah reality sebenar manusia.......mungkinkah masa yang berlalu telah mengubah sikap dan penilaian manusia terhadap manusia lainnya.......waallahuaklam

No comments:

Post a Comment