Monday, April 26, 2010

bErkHidmAT uNtUK nEgARa paRT 5(2)


hari ni datang pejabat dengan keadaan lepak sesangat. mata ngantuk, badan letih. jiwa xberapa nak tenang...

segalanya berpunca dari perjalanan kursus JPAM tuk minggu ke-2. hari sabtu 24hb abiskan semua subjek, teori & praktikal. xcukup dengan tu, kena lanyak kawad kaki. sampai kul 6 ptg. perrgh.... sadis tul.

25hb cam biasa seawal 7.50pagi, naikkan bendera, kawad kaki. pastu ulangkaji sepintas lalu sume subjek. pastu..... saat yg dinantikan. exam teori. walauwei soalan, mengalahkan budak sekolah tadika. byk soalan trick...... naik rehat. exam amali lak. aduss ni lg menyedihkan, kena buat sorang2. masuk dewan exam dengan kawad kaki lak tu..... berdebar, gugup, sengal, gayat, sume perasaan la ada..... masing2 takut nak starting.... aaahhh lenjan je la beb. mengelak2 pun nnt kena gak. lg lama tgu lg tekanan mental beb. lum lg cite mood tester yg dah semakin hangin nnt...... so redah je. jd org terawal mengadap tester. so kesimpulan dari sume cabaran, Alhamdulillah rasanya kalau xdpt jd pelatih terbaik pun rasanya boleh lulus kot.......

harap sume member yg amek exam tuk siri 2/2010 ni sama2 lulus....Amin.....

kopral Abd. Rashid @ kopral Misai @ kopral rongak

(yg last tu panggilan paling mesra alam)

mula kenal muka nampak bengis, tp sebaliknya dialah yg banyak menghilangkan tekanan perasaan sume pelatih dengan lawak2 selambanya.



kopral Mohd Toha. masih muda belia, tp ada bakat memimpin dan banyak membakar aku tuk bersama2 dia terjerit di padang kawad. (aku kena paham2 sendirilah apa maksud dia tu).

apa yg boleh aku katakan pada dia dalam hati "Insyaallah kopral"




4 comments:

  1. Salam Jeman.
    Nak nanya je jika tak keberatan jawap - anda berhenti keje & join pasukan sukarelawan polis? Keje mcm askar wataniah tu ke? Berape had umur & apa syarat?
    Sorry la byk solan pulak .. ada anak sdr pernah minta mak dia utk join, tp kita org tak ada apa2 info & dia pun tak berapa tahu.
    Harap sudi bgtau. Tqvm.

    ReplyDelete
  2. salam saudara.

    sedikit pembetulan. saya bukan semata2 berhenti kerja sbb nak join SP (sukarelawan Polis). sebaliknya kerjaya ttp saya teruskan, sebagai pelukis plan. cuma saya lebih tertumpu menjalankan tugasan dirumah. (freelance) alasannya kalau ms saya 8 jam telah dihabiskan dipej. kemudian nk berkhidmat lg tuk SP. bila ms lak tuk keluarga sy???????

    mungkin anda ada membaca setiap entry saya 'berkhidmat tuk negara' dr part 1. kalau saudara paham. dari setiap penulisan tersebut, sy bukan semata2 meninggalkan kerjaya asal. sebaliknya saya cuba meng'adjust' (betul ke perkataan ni? hehehe) masa saya supaya kedua2nya dapat saya lakukan, tanpa menjejaskan masa tuk keluarga.panjang lak membebel. (hehe, demi tuk memahamkan setiap pembaca sebenonya).

    betul. status SP sama spt askar wataniah. hanya watahiah lebih kpd latihan/simpanan askar (sekiranya xde perang) sebaliknya SP terus berkhidmat spt Anggota tetap/Police Regular. dengan bidang kuasa & tanggungjawab yg sama. bezanya (PR)anggota tetap kena jalani kursus panjang, SP hanya beberapa minggu/bulan shj. PR pula kena posting kemana2 kaw, SP akan bertugas dibalai berhampiran dgn tmpt tinggal. PR ada gaji, elaun & pencen. SP hanya ada elaun. byk lg perbezaannya. (kl ada sesapa PR terbaca entry ni blh tambah komen kot)..... samb...

    ReplyDelete
  3. berkenaan had umur. dari 18-40thn. (ni yg melalui JPAM/RELA) kl direct PDRM 18-35thn shj (tp yg ni dah xde. sbb KDN dah arahkan pengambilan dr JPAM/RELA).

    berkenaan syarat. dah xingat sgt, tp cam biasa la basic syarat tu. tinggi, berat badan, warganegara, tahap kesihatan, ukuran dada. byk lg la. tp yg paling penting. clear record jenayah & penyalah gunaan dadah.

    lain2 syarat. saudara mesti menjadi ahli sah sukarelawan RELA/JPAM secara berdaftar. tuk syarat ni huraian & pecahannya mmg panjang berjela la. secara simplenya saudara boleh ikuti entry sy 'Berkhidmat Untuk Negara' dr part 1 - part 5(2).

    step seterusnya mungkin akan menyusul part 6, sampai btul2 sy dpt nombor body dari PDRM. tu pun kalau ada rezeki la, hehe.

    harap saudara dpt sedikit gambaran dr penjelasan ni. kl xphm lg sng email saya atok6800@gmail.com insyaallah sy akn bantu setakat mana yg tau.

    ReplyDelete
  4. sikit lg penjelasan.

    sy xtau alasn ank sdr anda, minat nk menyertai SP? adakh krn, nk memenuhi ms kosong? sbb nk berbakti pd bangsa n negara? sbb mmg tertanam sikap cintakan negara? @ mungkin kerana income semata? maaf sekiranya andian sy terlalu kasar n krg ajar.... Lillahi Taala xberniat sy seburuk itu. sebaliknya sekadar tuk memberi penjelasan berkenaan penglibatan kpd unit sukerelawan, baik sukerelawan Polis, Pertahanan Awam, Rela @ sbgnya. harap dimaafkan....

    dah namapun sukarela, so kita kna lbih fokus tuk menjalankan kerja secara sukarela, bg membantu pihak2 berkenaan meringankan bebanan tgjwb mereka. berkenaan elaun tu, bg sy perkara ke 10. (bkn ke2/3, hehe)

    trus trg sy katakan. bab elaun ni per. ke 10 krn khidmat sukarela ni ia bukan paksaan, sebaliknya lbh kpd keikhlasan diri sendiri disamping kita mencari keredhaan Allah SWT.

    namun dlm usaha sukerela juga kita perlukan sedikit perlindungan (bkn keuntungan) tuk waris2 yg akn kita tinggalkan. betul x? so berdasarkan dr fakta itu menyebabkan sy cuba menjadi SP...

    kl saudara ikuti setiap entry sy, n cuba selami stiap penulisan sy. sy rs saudara dpt jwpn knp sy cuba menjadi SP berdaftar.

    sebenonya. dah lebih 5 tahun sy melakukan keje2 msykt. ni baik dr menjadi sukerelawan PBSM daerah, S/U JKKP. ahli rondaan SRS. terlibat lg dgn rondaan Biro Cegah Jenayah (BCJ) dgn pihak Balai Polis Pelangi Indah. (hrp xde yg slh mbuat tafsiran dgn knyataan ni, menuduh sy membangga diri, maklumlah manusia ni berbagai2 penilaiannya, niat sy tuk menjelaskan kedudukan sebenarnya, knp dan mengapa sy ke SP)

    dlm ms 5 tahun tu slalu terfikir. "aku ni suka bt keje2 amal tuk org lain, tp kl kemalangan menimpa diri ms menjalankan khidmat sukarela ni sapa lak yg akan tanggung waris2 aku nnt?". bahaya gak ni... adakh sy akn mati katak, camtu je?. maklumla bila bt rondaan BCJ tu dah la jauh mlm kekadang smp ke subuh, kl ada operasi lak, seandainya berlaku pergelutan ke, mat rempit langgar ke, sapa nk tanggung? so berbekalkan persoalan2 tu dan cadangan dr beberapa anggota polis mensarankan sy menjadi SP. sekurang2nya sy dilindungi dibwh akta @ insuran....

    panjang lak membebelkan? hehe. sbb saudara dah bertanya so sy perlu jelaskan segalanya. bt apa ada jalinan ukhwan kl xdpt membantu sesama tul x? jgn boring membaca dah le...... harap dpt sampaikan jalan ni kpd ank sdr anda. n seandainya dia btl2 berminat menyertai SP, mudah2an kita dpt bersama2 bertugas dibwh 1 pasukan..... wassalam.

    ReplyDelete