Majalah
: RODA-RODA
Bil
: 93
Keluaran
: Julai 1994
Segmen
: Ragam Anak Muda
Tajuk
: RXZ OH RXZ
Memang
sejak dari bangku sekolah lagi aku telah meminati jentera beroda dua ini.
Semakin hari minat ku semakin mendalam, tapi apakan daya pada masa itu aku
masih di bangku sekolah, terpaksalah diperam je dulu minat ku ini. Masuk bulan
November maka tamatlah alam persekolahan ku. Sementara menunggu keputusan
SPM(V), aku bekerja sambilan di daerah ku.
Bulan
Mac 1992, dengan keputusan yang aku perolehi, melayakkan ku menjadi seorang
pekerja di Johor Bahru. Pada masa itu aku telah minat pada Yamaha RXZ. Tambahan
pula RXZ sedang popular dikalangan remaja sepertiku. Tapi cublah teman-teman
bayangkan, motor yang sebegitu mahal bukanlah boleh dimiliki dalam masa satu
atau dua hari. Lain lah kalau nak beli sekilo gula… ini beribu-ribu punya harga
woo!.. dah lah gaji aku tak sebesar mana. Hai… gatal kepala otak aku bila
memikirkan motor idamanku ini.
Dalam
pada aku sedang menghadapi dilemma RXZ, abangku telah bertukar kerja. Lebih
jauh sikit dari tempat tinggalku. Dia telah meminjamkan Y100 sports nya
kepadaku. Katanya telah disediakan transport
ke tempat kerja. Meskipun Y100 bukanlah RXZ yang ku idamkan, namun aku tetap
bersyukur kerana telah dapat memiliki sebuah motor, sempatlah jugak bergaya.
Bedebak-bedebuk
dah setahun lebih Y100 berada dibawah jagaanku. Dah banyak ia berubah. Dalam
tempoh masa yang lama itu, aku dan Y100 itu telah menjadi seperti belangkas.
Kemana-mana sentiasa bersama. Tu yang member-member sangkakan Y100 adalah
kepunyaanku sendiri. Nak katakan ‘Ya”… dah la motor pinjam, nak mengaku perkara
sebenar, “alahai… tak rugged la”.
Akhirnya aku hanya tersengeh macam kerang busuk bila mereka bertanya tentang
Y100 pinjam itu. Namun begitu minatku pada RXZ tak pernah pudar sama sekali,
meskipun keluar model-model terbaru seperti TXR, KRR, NSR, KRZ dan ntah apalagi
lah. Bagiku RXZ tetap RXZ, sedikit sebanyak aku telah mendalami pengetahuanku
terhadap RXZ.
Suatu
hari tanpa di duga, abang kepada seorang rakanku telah menawarkan untuk menjual
RXZ nya. Dengan alas an hendak menceburkan diri ke arena jentera beroda empat
pula. Lagipun beliau telah berumahtangga, kata orang tak real lah kalau hanya dengan motor kesana sini. “Hah… apalagi,
inilah masanya”. Setelah proses belek membelek dengan pengalaman menjahanamkan
motor selama setahun. Akhirnya aku setuju untuk menjadi tuan kepada RXZ
tersebut. Cuma aku perlu modify sikit
agar ia kelihatan lebih remaja.
Pada
tanggal 15 May 1994 merupakan detik paling bersejarah dalam hidupku. Mana
taknya, apa yang diidam-idamkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Cuma
dalam masa dua hari je RXZ dibawah jagaanku, ia telah banyak bertukar rupa dari
bentuk asalnya.sempatlah juga aku meronda di tempatku bersamanya. Di dalam
minggu yang sama juga, aidiladha hamper menjelang tiba. Apalagi inilah masanya
untuk eksyen pada orang kampung.
Pada
20 May, aku dan RXZ tersebut membuat long distance buat kali pertama dalam
hidupku. Meskipun hanya dari Johor Bahru Ke Batu pahat. (ala.. baru 160km je).
Aku cukup puas hati dan bergaya (pada pandangan mata aku la). Mana tak bergaya,
siap dengan fullface dan jaket. Itu
belum kira dengan ‘hand glove kodong’.
“Real… real, wa cakap lu”
Kat
kampung puas aku terima berbagai pujian dari saudara mara dan sahabat handai.
Dalam pada itu ada juga yang cemburu dengan penampilanku yang tak
disangka-sangka. Puas aku merayap satu kampung. ‘bakar membakar’ dah tak kira
kat mana pun. Maklumlah orang tengah kemaruk. Sampai kat kawasan perkuburan pun
aku ‘bakar’. Nasib baik tak kena hambat dek hantu raya. Alhamdulillah.
Setelah
Aidiladha berakhir, tiba masanya untuk aku menyambung tugas di Johor Bahru.
Tapi malangnya kepulanganku dari kampung bukanlah membibitkan berita gembira.
Malah lebih buruk dari fikiranku dan mungkin juga fikiran kalian semua… “ha,
cuba teka… apa yang berlaku agaknya?”
Memang
kata orang, ada hujung, ada pangkal dan setiap yang bermula akan berakhir.
Begitu juga jodoh aku dengan RXZ tersebut. Pada 22 may, genablah seminggu aku
memiliknya. Tanpa diduga tuan pertama telah dating bertemu denganku untuk
mengambil kembali RXZ tersebut. Katanya ada beberapa sebab tertentu yang
menyebabkan urusan tukar hakmilik gagal dilakukan.
Cubalah
kalian fikirkan, apa yang tak boleh dilakukan dalam dunia ini?... sehingga
menunggang tanpa lesen pun boleh, jikalau tidak kena saman. Aku percaya itu
semua hanya alasan semata-mata. Mungkin member
‘kamcing’ pada tuan motor pertama sanggup menawarkan harga yang lebih tinggi
dari harga yang telah aku rundingkan dulu. Rupanya dalam pada aku
menyanyanginya, ada insan lain yang lebih mengharapkan untuk menjadi tuan
kepada RXZ tersebut. Tak pe lah. Motor itu banyak kecacatan termasuk pick up dah takde. Itu belum cerita lagi
pasal body yang sudah lari…
Fikir
punya fikir, akhirnya aku sanggup berpisah dengan RXZ tersebut. Tapi dia mesti
memulangkan kembali wang yang telah aku jelaskan dulu dan membayar gantirugi
kos pengubahsuaian ke atas motor tersebut… oleh kerana dia setuju dengan syarat
itu akhirnya, satu kata putus tercapai. Sedih… sedih. Cubalah kalian bayangkan
sekian lama aku mengidam tapi hanya seminggu je aku dapat bersamanya. Alamak
umpama mimpi dalam mimpilah, tapi itu kata kumpulan Damasutra. Bagi aku tidak
kesal. Sempatlah juga aku bergambar dengan RXZ tesebut. Kira ada buktilah. Dan
sekarang tinggallah fullface yang sedia menanti untuk betugas, juga jaket dan
‘hand glove kodong’ yang tergantung dalam almari sebagai kenangan.
Ok
lah, buat geng-geng dan pembaca RR semua berhati-hatilah sekiranya ingin
memiliki sebuah kenderaan dari orang pereorangan. Agar tidak tertipu seperti
aku, dan kalau boleh cubalah buat surat perjanjian agar tak dipermainkan oleh
orang yang bersikap Yahudi, Israel, serb, dan ntah apa-apa lagilah. Tapi tak
pe, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dalam pada itu aku tetap berazam untuk
memiliki sebuah RXZ yang lebih baik dari motor tersebut. Moga-moga jodohku
ditemukan.
Kiriman
: Man. Dato’ Bentara Village, Johor.
inilah sebenarnya editor tak bertauliahku, abangku Hazla, pic dalam majalah tu abangku Hamsyah.
Di sebalik tabir : 10 fakta bukan auta.
1.
karangan ini adalah nukilan aku dan di editor kan secara tak bertauliah oleh
abang aku. Hazla
2.
RXZ tersebut adalah milik abang kepada seorang rakan Hazla, dengan gelaran tompel
yang menetap di Bandar Tenggara kulai, Johor.
3.
harga untuk dijual adalah RM3,200 manakala harga yang kami setujui RM3000. yang
aku jelas secara tunai.(2 tahun aku menabung) Info dari tompel sendiri bahawa
abang nya sangat berkira.
4.
semasa dalam perjalanan balik membawa RXZ tersebut kami di basahi hujan dari
felda bukit besar hingga ke rumahku di Ulu Tiram.
5.
pada 18 May aku dah terima berita dari tompel, bahawa abang nya ingin mengambil
kembali RXZ tersebut, sebab kawan dia sendiri menawarkan harga lebih tinggi.. RM3500.
6.
20 may aku pulang ke Batu pahat, parit kalong, senggarang, bukanlah semata-mata
bagi menyambut Aidiladha. Sebaliknya pada 19 may keluarga ku telah di kejutkan
dengan kematian nenek sebelah ibuku yang ku panggil Nyaie.
7.
kawasan perkuburan yang aku ‘bakar’ adalah tanah perkuburan Parit Hailam.
Dimana tempat Nyaie ku disemadikan. ( ‘bakar’ membawa maksud memerah throttle).
8.
sebenarnya aku tak ‘membakar’ pun, sebaliknya 3 hari di kampung itu kami
saudara mara sering berulang alik dari Parit Kalong ke tanah perkuburan
tersebut untuk membacakan Yasin untuk Allahyarhamah Nyaie ku.
9.
helmet fullface jenama SGV, design Michele Doohan, jaket kulit jenama Bell dan
glove half finger telah aku beli dari awal lagi. Semasa aku masih meminjam Y100
abangku, Hazla.
10.
kecacatan RXZ tersebut aku sadari semasa dalam perjalanan pulang ke kampung
melalui Parit Botak. Jalan nya agak beralun dan sedikit selekoh.. semasa memecut
dalam kelajuan 90km/j aku rasakan RXZ membuai terlalu kuat, apabila melayan
selekoh pula, ekor RXZ akan bergelek kuat seperti seorang penyanyi dangdut..
itulah maksud ada hikmah disebaliknya
melalui kisah RXZ OH RXZ…
No comments:
Post a Comment