simpan sini buat kenangan diri sendiri
dan tatapan anak cucu, kerana Majalah RODA-RODA yang aku simpan telah melebihi 2 dekad ini semakin mereput dan rapuh dimamah masa.
Majalah : RODA-RODA
Bil : 107
Keluaran : September 1995
Segmen : Ragam Anak Muda
Tajuk : EKSPEDISI KEPUTUSAN NEKAD
12
May : kami memulakan perjalanan dari Jb pada pukul 5 petang. Sampai di Mersing
pukul 7 malam. Terima kasih kepada keluarga atok Ali kerana telah menumpangkan
kami bermalam di rumah beliau.
13
May : 6.10 pagi memulakan perjalanan dan melepasi sempadan Johor/Pahang. Kami
tiba di Kuantan pada pukul 11 pagi setelah mengunjungi pakcik Ali di Beserah.
Kami meneruskan perjalanan ke negeri penyu bertelur. Kami menumpang bermalam di
masjid Rantau Abang. Sempat juga berkenalan dengan pakcik Mat, beliau
menawarkan agar kami menyimpan motor di rumahnya. Terima kasih pakcik Mat.
Hari
ketiga. Kami cuba mencari Batu Lagenda Ibu Penyu, tapi malangnya kami yang
‘kena lagenda’. Kepada teman-teman yang berhajat seperti kami, lupakanlah. Kami
meneruskan perjalanan ke Kota Bharu Kelantan. Terima kasih kepada kakitangan
stesen Petronas Haimi, Pengkalan Chepa kerana telah menunjukkan jalan ke Rantau
panjang dan serba sedikit laluan di Kota Bharu.
Setibanya
kami di Rantau Panjang, alangkah terkejutnya kami apabila kami diburu oleh
beberapa orang pemandu pelancong haram untuk membawa kami ke Thailand. Oleh
kerana tidak mahu terus diburu, kami meneruskan perjlanan ke Machang.
Memandangkan hari beransur malam kami berhenti di surau Kg Berangan KM 13 Jalan
Kuala Krai. Terima kasih kepada Penghulu dan penduduk kampung tersebut kerana
telah membenarkan kami tumpang bermalam. Budi baik kalian hanya Allah SWT yang
dapat membalasnya.
15
May : Kami meninggalkan surau Kg Berangan padapukul 6.30 pagi menuju ke Jeli
dan melintasi Lebuhraya Timur Barat, terus ke Grik, Pengkalan Hulu dan Baling.
Kami sampai di Sg. Petani pada pukul 3.15 petang dan tumpang bermalam di rumah
sewa Kak Ju, terima kasih kak Ju atas jasa baikmu.
16
May : Selepas menunaikan solat subuh kami terus ke Bukit Kayu hitam, dan
menyambung perjalanan ke Padang Besar Perlis. Setelah berhenti seketika untuk
menghilangkan penat, kami meneruskan perjalanan ke Alor Star dan menuju ke
Butterworth. Kami sampai di Bukit Mertajam pada pukul 8.20 malam. C’fu (sahabat
lama Ali) telah lama menunggu. Sepertimana yang telah dirancangkan, kami
bermalam di rumah C’fu.
17
May : Pagi ini C’fu membawa kami meronda-ronda ke beberapa tempat menarik di
negeri Pulau Mutiara. Kami sempat melawat Batu Feringgi, Bukit Bendera,
Empangan Air Hitam dan beberapa lagi tempat manarik. Terima kasih C’fu. Oleh
kerana kesuntukkan cuti, kami membuat keputusan untuk pulang ke selatan pada
hari yang sama. Walaupun telah dihalang oleh C’fu dan keluarga beliau. Kami
meninggalkan Bukit Mertajam pada pukul 7 malam melalui Lebuhraya PLUS. Oleh
kerana badan terlalu letih berjalan jauh, kami berhenti untuk bermalam di
perhentian Tapah, Perak.
18
May : Kami meneruskan perjalanan ke selatan, melepasi sempadan Perak/Selangor
dan memasuki Seremban pada pukul 1 tengahari. Kami singgah di rumah saudaraku
untuk menyampaikan barang pesanan yang dikirimkan, juga tumpang bermalam di
sana.
19
May : kami meninggalkan Seremban pada jam 9 pagi melalui Lebuhraya PLUS dan
keluar melalui plaza tol Ayer Keroh Melaka. Selepas melawati beberapa pusat
pelancongan dan tempat bersejarah di Melaka, kami meneruskan perjalanan pulang
ke Johor Bahru. Ahlahdulillah, meskipun telah melalui berbagai rintangan namun
XPDC ini dapat berjalan dengan lancer. Kami menamatkan perjalanan sejauh 2754km
ini pada pukul 6.45 pm dengan membawa pulang seribu satu kenangan.
Syabas
kepada JDL dan JDD kerana kalian tidak pernah merungut letih. Kepada C’fu “bila
hang nak mai Johoq”. Untuk Ali dan
teman-teman semua, amacam XPDC LIMA ’95 bulan December nanti, boleh follow lagi ke?
Man, J327, Dato’ Bentara Village Johor
Di sebalik tabir : 15 fakta, bukan auta.
1.
karangan ini adalah berdasarkan catatan aku sepanjang perjalanan, dan di editor
kan secara tak bertauliah dari segi susunan ayat oleh abang aku. Hazla. Dan
saat itu aku telah menjadi ahli kelab RODA-RODA.
J327 adalah nombor keahlianku.
2.
Ekspedisi Keputusan Nekad itu bukan
lah tajuk asal kisah ni, asalnya adalah XPDC
round Malaysia. Namun beberapa kejadian yang memaksa aku membuat keputusan
nekad, maka Ekspedisi keputusan nekad
itu menjadi tajuk bagi aku, tapi mungkin tidak bagi Ali. Watak mengatakan 5
orang merancang xpdc ni hanyalah ‘bahan perasa’ untuk di sesuaikan dengan
tajuk.
3.
Ali adalah salah seorang rakan abangku Hazla. Dia mula rapat denganku setelah
aku memiliki Rxz JDL (yang kubeli tunai pada harga Rm5750, baru) pada awal
tahun 1995. Bagi menggantikan Rxz JCK (Rxz oh Rxz).
4.
Kelab Motor Budak Nakal yang berpusat di Pasir Gudang juga adalah ‘bahan
perasa’ sahaja. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah
meninggal dunia.. hihi
5.
perancang utama xpdc ini adalah abangku Hazla, walaupun dia tidak menyertainya.
Kerana dia telah beberapa kali membuat xpdc round Malaysia bersama rakan2 nya yang
lain, kecuali Ali.
6.
setiap perjalanan dan laluan yang dirancang hanyalah melalui peta dan
berdasarkan pengalaman perjalanan abangku Hazla. Kerana zaman tu masih belum
ada waze, google map, jauh sekali handphone.
7.
semasa di Kota Bharu 2 perkara yang amat mengerikan berlaku. (pertama). Aku ingin mengeluarkan wang
gaji dari BSN tapi malangnya gajiku belum masuk dan hanya ada baki RM12 dalam
akaun. aku menghubungi pihak syarikat. Namun kerani menjawab terdapat masalah
pada pengiraan gaji aku sehingga pihak syarikat meminta aku hadir ke pejabat
untuk menyelesaikan masalah tersebut.. oh..amat mustahil sbb aku kini berada di
Kelantan, setelah berbincang, Ali
menegaskan dia akan meneruskan xpdc ini, walaupun aku berniat untuk berpatah
balik.. ohh, lagilah amat mustahil untuk
aku berpatah balik hanya dengan berbekalkan wang tunai tak sampai RM20.. nekad, aku meneruskan xpdc ini bersama
Ali, dan Ali berjanji akan mengisi minyak dan keperluan perjalanan ku,
seandainya aku meneruskan xpdc ini.. peristiwa menyeramkan (kedua) yang berlaku.. sebaik sahaja aku bersetuju dengan tawaran
itu, aku dan Ali terpisah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu setelah Ali
menerima cabaran sekumpulan remaja tempatan yang mengacah kami untuk berlumba..
Ali mengejar sekumpulan remaja tersebut, manakala aku mengejar Ali dari
belakang, tapi malangnya kami terpisah kerana kesesakan Bandar Kota Bharu dan beberapa
simpang di kiri dan kanan… akhirnya aku membuat keputusan meneruskan perjalanan
bersendirian menghala ke Rantau Panjang dan menunggu Ali di bahu jalan, kerana
dalam fikiran ku, destinasi kami seterusnya adalah ke Rantau Panjang, pastinya
Ali akan melalui jalan ini sekiranya dia berada di belakang ku, seandainya dia
berada di depan ku pastinya dia akan berpatah balik melalui jalan ini juga…
Alhamdulillah akhirnya Ali muncul di belakang ku, katanya dia sempat merempit
dengan remaja-remaja tempatan mengelilingi kawasan Bandar Kota Bharu.. dari
kejadian ini, aku nekad meminjam tunai dari Ali RM150.. kerana bahaya bagiku
sekiranya kejadian terpisah ini terjadi lagi..
8.
17 May. Kerana kepenatan, kami bukan bermalam d RNR Tapah, sebaliknya kami terlelap
utk beberapa jam di RNR Sg Perak Arah selatan. Sungguh tak selesa kerana hanya
berbaring di bawah pondok wakaf, dengan diserang nyamuk dan gangguan bunyi
kenderaan yang datang singgah dan pergi.
9.
walaupun pada awalnya semangatku begitu berkobar-kobar, namun jujur aku katakan
xpdc ini bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi aku, kerana beberapa sebab
yang terjadi sepanjang perjalanan tersebut. Selain dari masalah kewangan yang
merencatkan semangatku, benarlah sabda Nabi Muhamad SAW “jika kamu ingin
mengenali seseorang rakan, pergilah bermusafir bersamanya”. Jelas dan nyata,
sudah terang lagi bersuluh, namun biarlah aku simpan semua kenangan bersama
seorang rakan itu dari membuka aibnya.. semoga Allah menutup aib aku juga.
10.
sepanjang xpdc aku hanya sarapan pagi alakadar sebagai mengalas perut, dan
hanya makan pada waktu malam sekali sahaja bagi menjimatkan duit yang aku
pinjam dari Ali sebanyak RM150. (hutang itu telah aku jelaskan beberapa hari
setelah aku kembali menyambung kerja, siap ada xtra caj lagi.. ??.. xpe korang
tak payah tau)
11.
Kelajuan perjalanan kami hanyalah sekitar 90km/j – 120km/j. dan beberapa kali
sebenarnya motor SS Ali hilang kuasa, mungkin kerana enjin terlalu panas,
mamaksa kelajuan yang boleh dicapai hanyalah sekitar 60km/j – 70km/j sahaja.
12.
sepanjang perjalanan aku solat seperti biasa, kerana pada waktu itu aku masih
tak paham berkenaan solat jamak.
13.
18 May aku singgah bermalam di rumah saudaraku di Seremban.. saudara dalam
kisah ini adalah, kakakku, dia tinggal di Taman Sikamat. Selain dari xpdc ini
aku selalu membuat xpdc santai ke rumah nya.
14.
6 gulung filem x 36 keping gambar kami rakamkan dalam xpdc ini.. almaklumlah
zaman tu masih belum ada kamera digital dan jauh sekali action camera untuk aku
mengabadikan segala seksa dan duka
aku… setelah menamatkan xpdc tersebut, aku tak bertemu dengan Ali sehinggalah 2
minggu lamanya setelah gambar siap dicuci.. kenapa? Biar aku sendiri yang
memendamnya..
15.
dan fakta yang paling tak boleh nak auta, semasa melalui jalan Pengkalan Hulu
ke pekan Baling, walaupun dalam keadaan perut sentiasa lapar dan dahaga, tapi
aku terasa sangat nyaman kerana jalanraya nya masih dipagari dengan hutan tebal
banjaran titiwangsa.. dan aku sendiri tidak menduka bahawa suatu hari nanti
jodohku adalah dengan orang Baling.. subhanAllah, Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment