Monday, July 20, 2020

joM MaSak cuCOk uDaNG pAsAQ MaLAm



Hari ini 20 julai 2020 bersamaan 28 zulkaedah 1441 hijrah
Hari isnin.. masih dalam PKPP..

Teringat pula aku, sejak perintah PKP bermula sehingga la ke hari ini kami sekeluarga sudah tidak ke pasar malam. Walaupun pada saat PKPP ini pasar malam, pasar tani, pasar pagi, dan segala bagai pasar telah dibuka semula. Dan sudah pastinya lama kami tidak membeli rojak singapore. Bila sebut pasal rojak singapore teringat pula pada cucur udang, salah satu bahan yang wajib ada dalam rojak singapore.

Terlintas pula pada fikiranku nak menyedapkan tekak dengan makan cucur udang  yang rangup diluar, gebu didalam macam yang biasa kami beli dari pasar malam. Alhamdulillah isteriku seorang yang pantang aku cakap nak makan itu atau ini, dia tidak pernah mengecewakan, pasti dia akan menyediakan kalau dia tau menu yang aku nak tu, atau dia akan berusaha mencari resipinya dari pelbagai sumber… Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Mu ini.. Jadi jom kita review resipi membuat cucur udang.

cucur udang pasar malam (nama ni wife aku yang bagi)
simpan sini buat rujukan masa depan.

2 cawan tepung gandum. Seeloknya belilah tepung gandum Islam brand. Kita sokong produk muslim disamping mengelakkan makan tepung yang telah diklorox bagi menampakkan warna putih, sedangkan ianya memudaratkan kesihatan. Aku sendiri menggunakan produk jenama Faezah. Cheewah promote produk faezah. Hajah Faezah Bawumi kena bayar aku royalty ni… haha… merapu pulak aku ni.. nak masak ke nak buat iklan… ok jom mula semula..

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan yis (mauripan)
1 sudu kecil serbuk kunyit

 


















bancuhan tak terlalu pekat mahupun cair

Gaul semua bahan diatas tu dengan air tapis biasa je. Tak payah guna air panas atau air sejuk dari dalam peti sejuk. Gaul jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Yang sedang-sedang saja.. hihi.. kemudian perapkan dibawah tudung saji paling kurang 45 minit gitu. Kalau lambat lagi nak digoreng, selepas 2 3 jam. atau bila dia dah mengembang, bolehlah simpan dulu dalam peti sejuk. Kalau dibiarkan lama diluar nanti, takut masam pulak. Maklumlah kan ada yis…

 setelah direhatkan 45 minit

Bila dah ready nak goreng barulah sediakan bawang merah besar dihiris. Daun kucai dipotong, taugeh, udang geragau (kalau ada la, supaya ada lebih rasa udang) kalau nak letak ikan bilis pun boleh je. Kan aku dah kata dalam entry kambing stew dulu. Memasak ni bagi aku, hanya perlu enjoy, ikhlaskan niat nak bagi orang makan. tak perlu nak terikat dengan SOP yang ketat seperti nak menangani covid-19 tu… yang penting masa memasak tu, mulut  jangan suka nak merapu, sumpah seranah, bibir muncung sampai boleh sangkut hanger baju, sebaliknya memasaklah dengan penuh kasih sayang sambil berzikir ataupun berselawat. Mudah-mudahan makanan yang dimasak akan jadi lebih berkhasiat dan berkat. Ni sekali lagi nak Tanya, chef ke ustaz? nak masak ke nak ceramah? On x on? Haha..

Ok sambung. Dah masukkan bawang merah yg dihiris, udang geragau, taugeh, daun kucai, masukkan sekali garam sekitar 1 sudu kecil. Agak-agak sendiri la. Macam yang chef kat tv selalu kata, “garam secukup rasa…” ingat tau, jangan masukkan garam masa proses pertama tadi, sebab garam boleh membantutkan pengembangan yis.. dan last sekali bahan paling penting sekali dalam menu ni,…  UDANG. Mestilah nak ada udang. Sebab tajuk pun cucur udang. Bukan cucur badak. Kalau cucur badak naya jugak tu, mana nak tangkap badaknye. Hihi…

Last sekali, ceduk gunakan senduk dan goreng mengunakan api sederhana. Agak-agak dah berubah warna perang keemasan angkat la. Tos kan minyak atas tisu.. dah sedia untuk dimakan. Tapi jangan makan banyak sangat, sebab cucur ni meresap minyak, kalau makan banyak, nanti boleh rasa kembang tekak. Orang utara kata ‘mengalong’… betul ke tak betul aku eja ni..

Bahan cicah pula terpulang la, kalau rajin buat sambal kacang, kalau malas bancuh aje sos cili dengan gula dan air panas, sedap jugak. Tapi kalau betul-betul malas, tak payah buat sambal kacang, tak payah bancuh sos cair manis dan tak payah buat apa-apa.. TIDUR JE. Sebelum tido tu doa lah, mudah-mudahan dalam tido nanti mimpi makan cucur udang.. hahaha…

Ok lah, bye.. jumpa lagi dalam entry masakan yang lainnya nanti. Ingat.. makanlah makanan yang halal kerana, yang tak halal tu tempatnya adalah didalam api neraka.
waAllahuaklam..

No comments:

Post a Comment