Monday, November 23, 2020

joM mAsAk KaRi KaPLa iKaN

 

hari ni  23 november 2020, isnin, bersamaan 8 rabuilakhir 1442H. PKPB baru je ditamatkan dibeberapa negeri. covid-19 masih mengganas dibeberapa daerah dalam negeri johor. Kota tinggi dan mersing masih zon merah. purata kes positif setiap hati mencecah angka ratusan dan tekadang melebihi seribu. Ya Allah selamatkan kami dari bencana ini. Teguhkan lah iman kami meningkatkan amal mendekati mu.

 

oleh kerana semalam tak makan nasi. Pagi-pagi perut aku dah kriak kriuk, kriak kriuk, kelaparan. Nak buat sarapan malas. Kejap lagi kena masak nasik jugak. Alah, kita lumpsum je la. Masak nasi terus, kita jamak sarapan pagi dengan makan tengahari. Lagipun dah pukul 10 ni. Tak perasan lak aku dah 2 jam aku menghadap laptop menyiapkan pelan-pelan yang tak tau bila nak siap ni…

 

tinggallah dulu keje. Jom kita ke dapur, tengok apa yang ada… Banyak sebenarnya bahan yang ada. Cuma aku je malas nak masak. Haha… ye la kalau masak pun aku makan sorang-sorang je. Wife dah makan kt tempat kerja. Tinggallah aku keseorangan. Huhu…

 

selak-selak peti sejuk ternampak ikan siakap separuh bahagian kepala. fikir sejenak. Apa aku nak buat dengan kepala ikan ni ek…. Nk goreng nanti kena buat kuah pulak. Nak masak sejenis lauk pun dah rajin, haha… lagi nak masak macam-macam…lagipun kalau goreng ikan bahagian ekor ok la. Ini bahagian kepala, sayang pulak. kalau buat masakan berkuah bermanfaat sikit manisan-manisan pada bahagian otak ikan tu… haha… sekali  lagi alasan bergeliga dari otak orang rajin memasak.

 

dah alang-alang kita jamak sarapan pagi dengan makan tengahari, apakata kita qasar kan sekali lauk dengan kuah… idea yang bernas tu. Bukan solat je ada jamak dan qasar tau. Masak pun ada. Haha… nampk sangat rajin nye. Ye tak?...

 

ok jom kita masak. Dah lapar ni. Sambil masak nasi aku buat lauk menu jamak dan qasar untuk hari ni.. tajuknya, kari kepala ikan siakap ala dapur bujang. Tapi bukan aku yang berstatus bujang, jauh sekali nama aku bujang bin senang. Hahaha

 

mula-mula, blender bawang merah besar sebijik, bawang putih 3 ulas dan halia, agak-agak la, dalam 3 hirisan gitu.

 


Panaskan minyak agak-agak dalam 2 senduk. Masukkan. Kayu manis separuh jari kelingking, bunga lawang sekuntum, buah pelaga dalam 3, 4 bijik. Bila bau dah naik masukkan setangkai daun kari. Oleh kerana dibelakang rumah aku ada pokok kari sebesar pokok durian, maka aku masukkan la 2 tangkai. Haha.. nasib baik aku tak masukkan satu dahan tau..

 

kan aku dah cakap, memasak ni tak payah nak strees sangat, terikat dengan SOP yang ketat macam nak mencegah covid-19 tu. Kita santai-santai je, sambil berselawat. insyaAllah sedap la makanan tu nanti. Kalau tak sedap pun, buat-buat sedap je la.. aku teringat masa zaman sekolah dulu ada rancangan masakan cina di tv. Tajuk rancangan tu Wok with yan. Kalau diterjemahkan maksudnya Yan bersama kuali.

 

Apa yang menarik minat aku menonton rancangan masakan tu?. Pertama Yan tu berbangsa cina. Aku tak tau la dia chef ataupun bukan. Penontonnya mat saleh. Ia macam rancangan reality tv dalam sebuah studio. Pengacara sediakan bahan-bahan masakan yang terhad. Manakala Yan tadi kena masak menggunakan apa aja yang ada. Bila dah siap memasak nanti, mat saleh yang ramai sebagai audience tu akan merasa masakan yan. Rancangan tu berbahasa english, aku pun tak paham sangat apa yang diorang cakap. Tapi dari gaya dan body language diorang bolehla difahami mat saleh tu kata sedap. Dan yang mencuit hati aku, masa yan tu memasak, dia seolah-olah xde buku resipi. Dia campak-campak je apa yang dia rasakan sesuai. Kadang kala, bahan yang disediakan tu macam pelik bagi dia, tapi dia balun je semua.

 

Ditambah dengan gaya dan celoteh dia yang tersendiri masa memasak. Tu la yang menjadi inspirasi aku masa memasak. Enjoy, ikut suka. Cuma sebagai seorang islam aku tambahkan enjoy aku dengan berselawat. Ye la bila solat berjemaah dimasjid atau surau, dah selalu sangat kita wirid beristigfar, bertasbih, bertahmid, mengikut imam, tapi jarang sangat kita jumpa imam yang wirid, beristigfar, bertasbih, bertahmid dan ditambah dengan berselawat. Bukan ke Allah memerintahkan kita berselawat juga. Dalam khutbah jumaah selalu khatib dah ingatkan. Sampai berbuih-buih mulut khatib. Tapi kita tak buat juga. Bukan ke dengan banyak berselawat itu akan mendekat kan kita dengan Rasullah. Macamana kita nak mendapat syafaat dari baginda kalau selawat pun jarang-jarang…

 


Eh, melalut pulak aku ni. nak cerita rangangan reality tv, nak berceramah ke, nak masak ni?... hahaha terlari channel pulak. Ok jom sambung masak. Dah hangit rempah aku dalam kuali tu.. adoyai..

 

Ok bila bau rempah tadi dah naik, kita masukkan bahan blender. Masukkan sedikit serbuk lada, ataupun lada kisar. Tumis lagi sampai bahan tu semua agak-agak hampir masak. Masukkan serbuk kari agak-agak dalam 3 sudu besar. Tambah air sikit, kacau bagi semua bahan larut sebati. Tunggu hingga mendidih.

 

Kemudian masukkan ikan, kacau sikit bagi ramuan tadi menyaluti badan ikan. Masukkan asam keeping, sekeping je. Kalau betul-betul rajin bancuh air asam jawa. Lagi bagus. Ada rasa manis asam jawa tu. Tapi kalau dah jenis rajin macam aku ni, campak je la asam keping. Haha… shortcut ye tak?...

 

Bila mendidih, tambahkan air hingga tenggelam ikan tadi. Masukkan kacang bendi sekor-sekor (tak payah potong-potong) dan tomato yang dah dibelah-belah. Tutup kuali, tunggu hingga mendidih dan kacang bendi kita lembut….

 

Matikan api, masukkan garam dan sedikit gula sebagai bahan perasa. Dah siap… mungkin korang tertanya-tanya. “tak letak santan ke?”. Untuk masak kari kali ni aku tak guna santan. Semata-mata guna serbuk kari je. Hasilnya rasa kari tu pekat dan pedas sikit.

 

Kalau korang nak letak santan pun boleh, tapi kari korang akan cari sikit la. dan rasa berlemak dari santan tu. Bagi aku kalau masak kari ikan, aku tak suka tambahkan santan, memadai manis dari ikan tu sendiri. Berlainan kalau aku masak ayam ataupun daging. Memang akan aku tambahkan santan. Terpulang pada tekak dan selera korang. Selamat mencuba. WAllahuaklam




# tingg !!, dah siap… dalam peti sejuk aku takde stok kacang bendi, jadi dalam gambar ni de la kacang bendinya. Hihi. Tapi aku ada terjumpa daun ketumbar 2 tangkai, belance dari wife aku masak nasik arab minggu lepas. Apalagi.. kita ikut style Yan, campak sekali.. hihi… insyaAllah tak mabuk, ini bukan daun ketum.. hahaha


No comments:

Post a Comment