Sunday, November 1, 2020

tERcipTa sAtU LeMBaRaN sEjARah, di TaNAh sUci kOTa mEKaH

 


Hari ni 1 november 2020, ahad. Hari pertama seluruh sekolah daerah johor bahru di cutikan, kerana johor bahru telah di isytihar zon merah. Gelombang ke 3 covid-19 ni nampaknya lebih dasyat dari yang pertama dulu. Lahawla wala kuwata illah billah… sesungguhnya segala sesuatu itu adalah mahluk yang didatangkan oleh Allah swt. Dan hanya dengan izin dari Allah jua semua itu akan berakhir.

 

Hari ni 15 rabiul awal 1442H, 3 hari yang lalu merupakan hari ulang tahun kelahiran nabi saw. Sempena hari yang penuh bersejarah itu, marilah kita menjadikannya sebagai titik tolak bermulanya kita memperbanyakkan selawat.. kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas nabi Muhammad saw..

 Allah memerintahkan manusia bersolat, namun Allah tidak perlu bersolat, Allah memerintahkan manusia berpuasa, namun Allah tidak perlu berpuasa… tapi atas kecintaan dan kasih sayang Allah kepada nabi junjungan kita, Allah sendiri berselawat ke atas nabi dan memerintahkan malaikat serta manusia juga berselawat.

 

Semoga kita beroleh segala kebaikkan dari Allah dan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad saw di akhirat nanti.. amiinn ya Robb..


No comments:

Post a Comment