Monday, December 14, 2020

kiSAH sERam pAPan tANda sEmPaDAn nEGeRi

 

sambungan kisah seram.

 

Hari ni 14 december 2020, hari isnin bersamaan 29 rabiulakhir 1442H

 

Kisah ni berlaku pada tahun 2004. Aku masih boleh ingat tahunnya kerana masa itu isteri aku sedang mengandungkan anak kedua kami. Yang mana pada awal tahun berikutnya, 2005 isteriku melahirkan.

 

Semasa kejadian kami dalam perjalanan balik ke JB setelah menghabiskan cuti raya di kampung isteriku, kedah. Kami bertolak meninggalkan kampung isteriku selepas solat asar. Memang inilah waktu kebiasaannya kami memulakan perjalanan dari kampung. Kerana ia dapat memanfaatkan cuti yang terhad semaksima mungkin.  Kenapa lepas asar?... pertama. Dari pagi hingga ke waktu asar, kami masih dapat meluangkan masa bersama mak dan saudara mara untuk hari terakhir itu. Kedua, kerana keesokkan paginya aku akan mula berkerja. Tanpa perlu menambah cuti sehari lagi untuk merehatkan badan setelah menempuh perjalanan jauh. Ketiga, kami mesti keluar dari jalan baling – kuala kangsar dan memasuki lebuhraya PLUS sebelum waktu maghrib.

 

Sedikit info untuk korang yang tak pernah atau jarang melalui jalan ini. Perjalanan nya mengambil masa 3 jam lebih. Maklumlah masa itu aku hanya memandu sebuah iswara buruk. Ditambah dengan perjalanan sejauh lebih kurang 180 kilometer, merentasi banjaran gunung titiwangsa, mendaki dan menuruni bukit yang curam, dengan dikelilingi hutan tebal dan perkampungan orang asli dikiri dan kanan jalan.

 

Bukan kata nak mencari hentian rehat, siaran radio pun susah untuk menerima pancarannya, jauh sekali line handphone. Dengan keadaan jalan seperti itu cerita-cerita seram sudah pasti menjadi teman sepanjang mengharunginya. Waktu itu jalan pintas tasek raban masih belum wujud. Jauh sekali RnR tasek raban, yang menjadi aktiviti paranormal sekarang ini. Aku sering mengelak dari menggunakan jalan ini pada waktu malam. (kami pernah kena kacau juga di hentian ini, nanti aku ceritakan dalam entry yang lain).

 

Ok berbalik pada kisah seram aku kali ni. Alhamdulillah perjalanan kami petang itu berjalan lancar. Kami sampai di plaza tol kuala kangsar diantara waktu maghrib dan isya’. Ramai juga warga kota seperti kami yang berpusu-pusu ingin pulang ke rumah masing-masing. Selepas jamak solat, kami makan bekal yang dibawakan oleh mak mertua aku dan menyambung perjalanan.

 

Perjalanan seterusnya akan meredah waktu malam, kebiasaanya isteri aku dah hamparkan toto dan bantal kecil di kerusi belakang untuk anak sulong aku tidur bersendirian bila dia mengantuk nanti. Manakala isteri aku pula akan tidur dengan menumbangkan kerusi disebelah driver.

 

Kesesakan kenderaan sedikit demi sedikit beransur lega. Plaza tol demi plaza tol kami lalui. Daerah demi daerah kami lintasi. Keadaan lebuhraya semakin lengang dan kadang kala kosong tiada kenderaan, terutamanya selepas kami melewati tol seremban.

 

Hanya disebelah lebuhraya yang bertentangan kelihatan masih ada beberapa kenderaan. Maklumlah dari utara ramai yang menuju pulang ke ibu kota. Begitu juga dari selatan menuju ke kuala lumpur, sebaliknya bagi kami, dari utara meredah perjalanan sejauh lebih kurang 800 kilometer menuju ke tanah paling selatan di semenanjung. Cukup mengantuk dan meletihkan. Isteri dan anak aku dah lama dibuai mimpi.

 

Dalam pada aku meredah keheningan malam bersendirian, hanya sesekali berselisih dengan kenderaan lain, terlintas difikiran, “kalau la aku dok KL dah lama agaknya aku boleh tidur di atas katil empuk.” Sambil melayan perasaan sesekali terfikir “kalau la baling tu cuma 2 atau 3 jam saje perjalanan kan best”. Lebih dasyat lagi aku berangan “kalau aku ada helicopter peribadi, kan best, JB ke baling 2 jam dah sampai, parking tekde masalah, boleh park tengah sawah, kebetulan rumah mak mertua aku betul-betul di tepi sawah. Fuhh mesti gempak gila kalau aku balik kampung bawak heli, mesti raya ramai jiran-jiran datang nak tengok heli aku.. mesti riak gila aku”.

 

Jauh sungguh aku mengelamun, berangan dan melayan perasaan. Maklumlah bila memandu berteman, aku jarang mendengar radio, aku lebih suka menggunakan masa tersebut dengan lebih bermanfaat. berbual dengan isteri. Apa-apa saje topic yang boleh kami sembangkan. Tapi dah malam ni aku nak bersembang dengan siapa? Isteri aku dah tidur, nak buka radio takut mengganggu isteri dan anak aku pula. Jadi, mengelamun dan berangan je la sorang-sorang.

 

walaupun mengelamun aku tetap fokus pada jalanraya, maklumlah nyawa ahli keluarga aku terletak pada tangan aku sekarang ni. Aku perhatikan jam di dashboard iswara menunjukkan waktu 2:15 pagi.

 

sedang aku meredah kegelapan malam di lebuhraya bersendirian,  dari jauh lampu iswara ku menyuluh papan tanda sempadan negeri, yang memisahkan antara negeri Sembilan dan Melaka. “Wahh, dah tak jauh lagi perjalanan, hanya tinggal satu je lagi negeri, sebelum memasuki nageri ku sendiri”. Walaupun masih jauh lebih kurang pada jarak 150M tapi aku yakin itulah papan tanda pemisah diantara negeri, kerana aku sangat familia dengan lokasi-lokasi di lebuhraya. Maklumlah lebuhraya utara selatan ni memang dah menjadi mainan aku dari zaman bujang, hinggalah berumahtangga. Cuma bezanya dulu aku bujang, bermotorsikal, kini aku ditemani isteri dan anak, berkereta.

 

Semakin hampir jarak aku dengan papan tanda tersebut, lebih kurang dalam 30 meter. Tiba-tiba lamunan aku tersentap dengan satu pandangan luar biasa di sebelah papan tanda ‘SEMPADAN NEGERI MELAKA’ itu. Aku terperanjat, tanpa sengaja tangan ku terpaut sreteng kekanan. Tasbih hiasan yang aku gantungkan dicermin pandang belakang terhoyong hayang ke kiri dan kekanan. Isteriku yang sedang lena di kerusi sebelah terhantuk kepalanya ke pintu. Lantas bangun sambil beristighfar dan memegang tanganku. “kenapa bang?” soalan yang keluar dari mulutnya.


Tidak menjawab soalannya, Aku terus beristigfar lalu membaca ayat kursi. Aku toleh ke cermin sisi kiri, namun keadaan gelap menghalang pandangan aku kearah papan tanda tersebut. Aku nyalakan cabin lamp dan menoleh kerusi dibelakang. Alhamdulillah anak sulong aku masih ada, dan masih lena ditempatnya. Isteri aku yang dari tadi masih kebingungan asyik memerhatikan gelagat aku, lantas berkata, “kalau ngantuk berenti la, tidur dulu, kalau tak sempat sampai rumah esok pagi, halfday petang je”. 

Bila dah rasa selamat dan lega baru aku menjawab, “abang bukan ngantuk, ada benda yang besar dan hitam berbulu tadi kat signboard tu”. (aku sengaja cakap benda,tak berani nak cakap direct, hantu. Sebab perjalanan kami masih jauh lagi ni, meredah kegelapan malam lak tu.)

 “Astagfirullahah azim” isteri ku menjawab sambil dia mengintai cermin sisi kiri.

“besar mana bang” soalnya lagi.

“xtau nak kata, tapi memang besar, lebih tinggi dari signboard tu, tangan dia je boleh diletakkan atas signboard tu, macam orang tengah menyandar pada signboard tu”.

“masyaAllah, besarnya. Muka nampak tak?”.

“tak nampak, sebab tinggi, lampu kete, tersuluh sampai paras leher dia kebawah je. Separuh badan dia kat atas lane kecemasan, tu yang abang terperanjat, tak sengaja terus terelak kekanan” sambung ku lagi. “nasib baik cuma kita je atas jalanraya. Kalau ada kenderaan dari belakang tadi kat lane kanan, memang dah berdentum la”

 

Korang bayangkan la, dengan kelajuan 120km/j, mengelak ke kanan sikit je dah bergoncang satu kereta, bagaimana pula kalau ada kenderaan disebelah kanan?.. Memang melambung la gamaknya. Tapi Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami. Sepanjang perjalanan tu sengaja aku tak matikan cabin lamp, supaya tak terasa seram sangat, sambil sesekali isteri ku mengawasi anak kami yang sedang lena tidur dibelakang.

 

Diringkaskan cerita, Alhamdulillah, azan subuh kami selamat sampai di rumah, selesai solat aku mengemas barang lebih kurang dan terus bersiap ke tempat kerja. Begitulah keadaan aku dulu. Cuti susah nak dapat, dan terpaksa berjimat cuti tahun, sebab gaji dah la ciput. Kena tolak cuti tanpa gaji, memang tak cukup la gamaknya nak menyara keluarga. Ngantuk dah semestinya, tapi masa rehat nanti aku tidur la.

 

Moral of the story, hantu tak boleh mencederakan kita, namun dengan sikap dia yang suka menerjah tu menyebabkan kita sering terperanjat lalu terbabas. Itulah salah satu punca kemalangan.

 

Kisah ni aku kategorikan tak terlalu seram, lebih kurang macam kisah aku budak hostel tu je, sebab ia berlaku terlalu pantas. Dan takde unsur seram sangat sampai kereta menjadi berat, sesat kealam lain, atau ada yang menumpang di kerusi belakang sambil mendodoikan anak kami yang sedang tidur. Alhamdulillah, semua tu tak berlaku. Cuma kejadian ni pada aku sangat berbahaya, boleh mengakibatkan kemalangan dan mungkin boleh mencabut nyawa.

 

wAllahuaklam..


# dahulunya lebuhraya ni masih mempunyai 2 lane saje. Lane yang paling kanan sekali tu, masih ditanam pokok bunga.


 # korang bayangkan sendirilah betapa besar dan tingginya makhluk tu.


No comments:

Post a Comment