Friday, July 24, 2009

siAPalah aKu, Dia dAN kAMu.....?

kisah ni berlaku 2 minggu lepas......
cuaca pagi jumaat tu agak murung, (sebenarnya tak de cuaca yg murung sbb apa jua keadaannya adalah Rahmat dari Allah swt.)

jam dah menunjukkan 12.30tgh. masa utk aku melupakan semua urusan dunia....... masa utk ke masjid mengambil peluang dan ruang utk menunaikan solat jumaat......

elok je aku parking bawah pokok kat tempat biasa. hujan terus turun dengan lebat. nampak gayanya terpaksalah aku berehat seketika dalam kete. lagipun masih awal lagi. zohor masuk pukul 1.09pm. makin aku tunggu mata makin layu. hujan makin menderu. sedangkan jarak masjid dengan tempat aku parking kira-kira 50M.......... menghampiri waktu 1.00pm, tak boleh jadi aku mesti redah hujan ni utk masuk kedalam masjid, kalau tak, gamaknya kesuntukkan waktu lah aku nak buat solat2 sunat. dan dah tentunya kuranglah pahala iktiqaf aku hari ni.

hujan agak reda sikit aku pun terus lari menuju ke masjid, diantara tempat aku parking dengan masjid tu ada sebuah bus stop. aku berenti kejap utk melipat seluar tinggi sikit supaya tak basah bila terpijak lopak. sedang aku terbongkok2 melipat seluar, tetiba aku disapa salam dari seorang 'bangla'. aku toleh kearahnya sambil menjawab salam beliau. dengan senyuman mesra beliau menarik tangan ku utk jalan bersama dibawah payung yg dipegangnya. tanpa berpikir panjang aku terus setuju. maklumlah waktu zohor kian hampir, manakala hujan turun tanpa tanda2 akan berhenti.

'bangla' tersebut memaut pinggang aku sambil tangan sebelah lagi memegang payung utk kami berlindung dari guguran jutaan air hujan. aku pun dengan rasa lega mengatur langkah seiringan dengan 'bangla' tersebut menuju ke perkarangan masjid. dalam pada kami melangkah aku perhatikan payung yang dipegang bangla semakin lama semakin condong kebahagian aku............. aku sedar sebagai seorang yang menumpang tak sepatutnya dia melebih-lebihkan aku. selayaknya dia mengutamakan dirinya....... aku tolak balik payung tu supaya condong kearahnya. tp dia berkeras sambil tersenyum dan berkata 'tapa-tapa' dalam loghat 'bahasa malaysia bangla'. jadi serba salam lak aku dibuatnya......

akhirnya sampai gak kami di perkarangan masjid. aku akhiri pertemuan bersama bangla tersebut dengan bersalaman sambil mengucapkan terima kasih. dia hanya tersenyum sambil menggoyang-goyangkan kepalanya dan berkata 'tapa'. oleh kerana hujan agak lebat dengan cuaca yg sejuk, seeloknya aku buang 'hajat kecil' dulu kat tandas. kalau tak nanti bila khatib berkhutbat, mesti terganggu perhatiankan dengan masalah ni. bila selesai urusan aku terus mengambil wuduk dan masuk kedalam masjid........ sedang aku hendak mengangkat 'takbir ratul ehram' utk solat sunat 'tahiyatul masjid' aku terperasan dari celahan tingkap seorang hamba Allah sedang mengibas-ngibas bajunya yang basah hingga dari bahu sebelah kiri hingga ke keseluruhan pinggang. manakala seluarnya basah hampir keseluruhan, sambil mengibas2 kebasahan tersebut sesekali dia memerah2 baju dan seluarnya.........

terhenti aku dari 'takbir ratul ehram' tersebut sebab bila aku perhatikan betul2 hamba Allah itu adalah bangla yang menumpang payung kepada ku tadi...... masyaAllah, tesentuh hati aku, sayu melihatkan keadaan bangla tesebut. sungguh mulia hatinya, sanggup membiarkan diri sendiri dibasahi hujan demi memastikan aku yang "menumpang" tidak basah........

Ya Allah sungguh besar kekuasaan Mu, memberikan aku pendidikan dan pangajaran tanpa perlu aku duduk di kerusi dan meja yang menghadap ke papan hitam yang berdiri seorang guru disebelahnya........ terus terang aku katakan belum pernah aku lakukan, mahupun terlintas di benak fikiran untuk aku membantu seseorang sehingga mengorbankan diri sendiri. namun apa yang telah Allah tunjukkan ini adalah sesuatu yang cukup memalukan bagi diri aku sendiri yang bergelar khalifah di atas muka bumi ini..........

seandainya do'a yang paling mustajab pada hari jumaat ini adalah duduk khatib diantara dua khutbah, maka aku peruntukkan waktu keemasan itu hanyalah untuk hamba Allah yang berhati mulia tersebut. semoga apa yang telah dia lakukan itu mendapat ganjaran nikmat dari Allah........ manakala andainya aku berkuasa memberikan segunung intan, nescaya hamba Allah itulah yang pertama aku kurniakan. dan seandainya takdir Allah menentukan satu penyakit akan di turunkan diantara aku dan dia, nescaya aku akan merayu kpd Allah swt, biarlah aku yang menanggungnya........

kini, kisah dan masjid tersebut hanya menjadi kenangan kerana pembinaan masjid Al-Istiqomah Taman Johor Jaya, telah siap sepenuhnya dan akan beroperasi secara rasmi pada solat jumaat minggu hadapan. 31-july-2009. dan solat jumaat tadi adalah solat jumaat dan khutbar terakhir bagi masjid At-Taqwa. nescaya masjid ini akan terbiar sepi......

namun kisah dan pengajaran dari Allah tadi takkan menjadi sepi sebagaimana sepinya masjid At-Taqwa yang akan ditinggalkan. bagi aku masjid lama ini telah memberikan aku pengajaran dan kesedaran bahawa aku hanyalah seorang hamba yang menumpang dicelah2 kekalutan muka bumi Tuhan..........

No comments:

Post a Comment