Thursday, July 30, 2009

meREka YaNG rEbAh

Dah dekat seminggu aku tak dapat mamatuk dalam blog ni, maklum la sibuk sesangat dengan tanggungjawab sebagai seorang kuli.......

ntah bila gaknye impian aku yang dah ter'carry foward' beberapa tahun kebelakangan akan jadi kenyataan. bukan merungut dan jauh sekali mengeluh pada ketentuan Illahi, tapi sekadar bertanya pada diri sendiri. adakah semua yang diharapkan itu akan menjadi kenyataan atau hanya sebuah khayalan yang tak bertepian.....

walau macamana pun aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai kerjaya. manakala matlamat dan impian aku tu hanya aku sasarkan sebagai satu bonus je dalam pengembaraan ini. seandainya tercapai maka extra lah dari laluan biasa, jika sebaliknya, masih tak mengapa kerana aku masih perolehi laluan seperti biasa. namun sebagai hamba yang bergelar manusia aku tetap mengharapkan agar Allah swt menjadikan sasaran bonus yang aku impikan itu menjadi satu kenyataan, sebagaimana mengharap bonus oleh seorang pekerja dari majikannya.........

dalam kesibukan aku melaksakan tugasan pejabat, yang terkadang sampai terbawak balik kerumah tu. tak tau kenapa kepala aku boleh teringat lagu yang selalu 'main' kat tv hitam putih bapak aku dalam tahun 80'an dulu. masa tu RTM1 je yang ada pun. tajuk lagu tu mereka yang rebah. lagu ni berkisarkan tentang 'support' yang patut diberikan kpd penagih dadah......

kenapa dan mengapa aku boleh teringat lagu ni? aku pun tak tau. cuma bila diamati lirik lagu ni betul2, "peruntukkan sedikit masa emas mu, kerana mereka memerlukanmu". agaknya mengingatkan aku supaya tinggalkan semua kerja pejabat dan luangkan masa pada anak2 yang sedang membesar dan asyik nak ajak aku bermain je......... ada betulnya fikiran aku tu, sebab dah 9 jam masa dikorbankan untuk mencari nafkah. takkan kat rumah pun masih nak curi masa dari anak2. padahal hanya berapa jam saje masa yang diperuntukkan untuk mereka. abis kuat pun tiga empat jam je. pukul 10 mlm anak2 dah masuk tidur. esok pagi hantar ke nursery dalam keadaan diorang masih tidur. jumpa tak jumpa pun, petang, waktu balik kerja baru dapat bersama..................... ntah la, tak tau apa nak dikata, tp ni lah hakikat kehidupan yang sukar dinafikan............

kembali pada lagu mereka yang rebah ni. aku ingat lagi, lagu ni pernah kitorang gunakan untuk buat persembahan 'malam perpisahan' Kursus Kepimpinan dan Pentadbiran PBSMM. tahun 1991 bulan berapa tak ingat. masa tu aku sekolah kat SMV Kota Tinggi, sekarang ni dah upgrade SMTKT. PBSM daerah Kota Tinggi anjurkan kursus ni kat Sekolah Tun Habab KT (kalau tak silap aku la nama sekolah tu, dah terlalu lalu lama, sampai lupa). so ramailah studen mewakili sekolah masing2. pd mlm last tu setiap sekolah kena hantar wakil utk buat persembahan. korang pun paham la kalau dah kata kursus mana ada masa terluang, setiap waktu ada je program, mana ceramahnya, praktikal bantuan cemas, kaedah penggunaan peralatan, belum cite lagi kawad kaki, berkawal malam. so disebabkan kesuntukkan masa kitorang pun buat yg simple2 je la. walaupun segala macam idea canggih tercetus. lastly lagu ni la yg kitorang persembahkan, bagi tak nampak boring sangat pada persembahan tu, sorang kawan aku cadangkan diadakan lakonan sepanjang lagu ni dinyanyikan. kira macam klip video la kononnya.

turn demi turn sekolah buat persembahan akhirnya tiba turn sekolah Vokay. first aku ngan sorang junior aku naik pentas nama dia Azhar kalau tak silap. buat gaya mat gian tengah 'lalok' jalan memapah2 sambil tergigil2, pastu baru member2 lagi 8 orang naik nyanyikan lagu ni.... aku ingat lagi nak buat gaya seakan2 rokok kitorang gunakan pen reynold (pen ni takde dah sekarang ni. zaman dulu popular la. batang dia warna putih, tempat pemegang dia ikut warna pen. kalau dakwat biru, warna pemegang dia pun biru). kitorang bukak pemegang pen tu tinggalkan batang putih dia je, pastu kikis tulisan pada batang pen tu sampai pen tu jd bulat. asalnye dia bersegi. pastu koyakkan kulit kotak warna coklat yang kitorang rembat cikgu punya. balut kat hujung pen tu dengan loytape jernih. maklum la kursus kat sekolah orang. barang keperluan mana nak dapat. terpaksalah gunakan kreativiti sendiri........... hasilnya pen reynold tadi menyerupai sebatang rokok yang real.

selesai persembahan tu, member2 aku yang nyanyi tanya "kenapa tak ambik bunga tadi?" aku ngan Azhar jadi tertanya2 bunga apa lak........ rupanya masa buat persembahan tu member2 yang nyanyi kata ada dua, tiga 'budak pompuan' letak bunga kat tepi aku ngan Azhar. masa tu penonton semua tepuk tangan ada yang degil2 tu siap 'peewit' lg. tp tak tau sapa, yang pasti student sekolah lain la, sbb vokay takde student perempuan yang join PBSM. aku ngan Azhar memang tak nampak sebab masing2 tunduk gaya mat gian, padahal malu tak nak tengok audiance. cuma yang aku dengar suara dari speaker member2 aku nyanyi bergilir2 dengan sorakkan audiance.

abis persembahan, member yang menyanyi terus ke arah sudut kami melakonkan watak dan papah aku ngan Azhar turun pentas..... yang canggihnya ada 2 pegawai PBSMM dah tunggu kat tangga pentas, mintak kami serahkan 'rokok' tu. dengan suara tegas diorang tanya "mana kamu dapat rokok ni". bila Azhar tunjuk rokok palsu tu, barulah kami dibenarkan turun dan duduk semula kat tempat kitorang.......

kalau diimbas kembali zaman dari sekolah rendah sampai tamat sekolah menengah, banyak betul kenangan yang tersimpan dalam kotak memori aku ni. suka duka, pahit, manis, masin, payau semua ada. betul la kata orang, waktu paling best adalah zaman persekolahan.......

insyaallah aku akan cuba uploadkan dari benak ingatan aku ni 1 persatu memori ke blog ni, utk dijadikan tatapan waris aku kelak........ pada rakan-rakan yang terbaca blog aku ni dan bila diamati betul2 korang adalah salah seorang pemegang watak sebenar atau warisnya atau kenal pemegang watak dalam cite ni sudi2kan lah contact aku.......
wassalam

No comments:

Post a Comment