Friday, February 12, 2010

bERkhiDMAt UntUK nEgaRA paRT 2

pagi ni dikejutkan dengan satu panggilan dari 'unknowncaller'.

sapa lak ni?
"hello."
"Assalammualaikum, En Hazman?"
"Waalaikumsalam, ye saye."
"Saya Zul dari Jabatan Pertahanan Awam, nak tanya, en ada tak terima call atau surat dari pejabat ni?"
"eem.... buat masa ni takde lagi."
"SMS pun xde? untuk panggil interview."
"xde"
"Boleh tak en SMS, nama, no k/p dan alamat."
"ok boleh, lepas ni saya SMS pada no ni."
"ok, terima kasih."
"terima kasih, Assalammualaikum."
"waalaikumsalam."

rupanya panggilan dari En. Zulhelmi JPA yang baru aku kenal beberapa minggu lepas. ada petanda aku akan dipanggil untuk interview ke? peh mudah-mudahan dapatla untuk 2nd intake/2010.

suasana pagi jumaat ni pun aku rasa ceria semacam je. agaknya perasaan aku je kot sbb dapat berita yang mmg aku tgu2 dari JPA tadi....... (perasan dapat la tu... padahal belum ada bunga2 pun, xpelah bagi mengindahkan pagi jumaat ni yg penuh berkat ni, apa salahnye kan).

hari ni merupakan hari terakhir berkerja bagi menyambut kedatangan tahun baru cina 2 hari lagi. esok cuti bermula sampai la ke hari ahad 21/02. sume staff dah mengular nampaknya. tinggal aku je yang masih terkial2 menyiapkan keje yang xpernah ada surutnya........ kalau diikutkan tradisi tahun-tahun sebelumnya, hari ni lah sepatutnya dapat bonus...... big boss pun nampak dah menyandar kat kusi empok dalam bilik dia tu............. kot ada rezeki lebih adalah bonus utk aku, kot xde nak buat macamana, dah takdir kot. hehe......

No comments:

Post a Comment