Monday, February 22, 2010

pERjaLaNan hiDUp dAn paNCaRoBa duNiA

hari ni 22/02/10

bermulanya kembali waktu untuk bertugas setelah seminggu 'berehat' dirumah.
terasa malas je nak memulakan hari ni. jadual biasa berulang kembali. bangun seawal 5.30 pagi kejutkan anak untuk kesekolah. siapkan sarapan, teman kan isteri sampai pintu pagar untuk kekelas, pastu bersiap lak untuk aku ke tempat kerja sambil menyiapkan anak untuk dihantar ke 'nursery'.

pehhhhh terasa malas sungguh diri ini nak mengulangi rutin yang sangat 'menyedihkan', tp apakan daya, perjuangan mesti diteruskan, keperluan hari menuntut bayaran, perut perlu diisi dengan makanan, gagahkan lah jugak diri ini untuk melaksanakan segalanya.

Alhamdulillah, seminggu bercuti dapat gak restkan minda, melayan kerenah anak2 dirumah........

flashback 13/02/10

aku dan family gi ke Kahang. saje ziarah abang dan kakak ipar kepada orang rumah = abang ipar dan biras kepada aku. hehe.....

sekitar jam 5pm, sampai Kluang sempat singgah pasar malam berhampiran Taman seri Amar. oleh kerana dua anakku sedang tido so, hanya org umah dengan anak yg sulong je yg turun aku cuma tunggu dlm van jaga yg tengah tido tu. dengan harapan nak tido sama, sbb malam tadi xdapat tido, terlibat dengan rondaan keselamatan kawasan.

tengah 'melayang2' melayan mata, tetiba aku terasa van bergoyang. "apahal lak ni, mengganggu bijik mata aku nak berehat?". bila bukak mata dan tinjau sekeliling, ada sorang ppuan sedang tersorok2 kat tepi van. "apa kes lak ni, aah biarla dia. malas nak layan". tp makin dibiarkan makin pelik mahluk Allah yg bergelar perempuan ni. kejap bersandar, kejap terhendap2, kejap lagi bergerak dua tiga langkah sambil meninjau2 sesuatu, kejap lagi sandar semula kat van. hisss pelik betul minah ni...... mata aku yang dah layu pun 'merajuk' dari nak berehat. aku perhatikan je gelagat minah sorang ni, tp mungkin dia xperasan aku sdg memerhatikan dia dari dalam sbb van 'tinted'.

sebentar kemudian, ada sorang kanak2 dalam lingkungan 7-10 tahun menghampiri pompuan td. xtau apa yg mereka bualkan, cuma aku nampak ppuan tadi tunjuk tangan kearah pasar malam, kanak2 tadi pun berlalu lesu mcm tanpa arah ke kawasan pasar mlm. bila kanak2 tu hilang dalam kekalutan orang ramai, reaksi pelik ppuan tadi berulang lagi. pehhh.... suspen betul apa yg berlaku depan mata ni. berbagai2 tanggapan bermain dalam kepala otak aku nak menterjemahkan situasi sebegini...... apa hubungan mereka berdua ni? kenapa reaksi ppuan ni mcm mencurigakan? kenapa dia mengarahkan kanak2 keseorangan dalam kekalutan ratusan orang di pasar malam? penjenayah ke mereka ni? sendiket pengemis ke? atau dalam kesusahankah mereka?

sedang aku bermain dalam teka-teki ciptaan aku sendiri ni, tetiba dari seberang jalan ada sebuah kenderaan yang dipandu seorang jejaka berhenti. ppuan tadi sepantas kilat melintasi jalan, dengan cara sorok2 menyusup masuk kedalam jentera beroda tersebut. siap mencangkung depan seat lagi, bukannya duduk atas seat empuk tu. kalau diperhatikan dari tepi macam tiada penumpang kecuali 'driver'. beberapa minit kenderaan tu beredar, kanak2 tadi datang semula dan tercari2 sesuatu disekitar van ku. sah, dan xperlu dinyatakan apa yang dicari....... sekejap kebahu jalan terjengah2, sekejap patah balik ditepi van ku tanpa arah, sekejap berjalan tanpa halatuju kepasar malam, sekerat jalan patah balik semula kebahu jalan....... "aaahhhhhh lantak lah apa2 pun yg berlaku, xde kaitan dengan aku". tp memandangkan sesekali kanak2 tu terjengah2 sampai ketengah jalan, risau gak dibuatnya. kot ditakdirkan Allah, ada kenderaan yang hilang kawalan, dah tentu aku akan rasa bersalah sepanjang hayat kerana xmencegah kemungkinan tu dari berlaku sebelum ianya berlaku.....

aku buat keputusan utk turun dari van dan nasihatkan kanak2 tu agar jangan sampai ketengah jalan. "dik, bahaya tu, dekat jalan, kereta laju2, sini jap". kanak2 tu berjalan lesu je kearah aku.
"cari sapa?".
"mama".
"mama gi mana?"
"entah"
"mama suruh tunggu sini ke?"
"ha ah"
"ayah mana?"
"ayah keje".
"ayah xdatang sekali ke?"
"tak,"
"ayah keje apa?"
"bengkel kereta"
"kenapa ayah tak datang sekali?"
"ayah kata byk kereta nak buat"

peh byknya soklan aku, mengalahkan 'inspector sahab' dalam filem tamil tu. hehe.
"datang tadi dengan sapa?"
"dengan mama".
"abis tu mama g mana?"
"ntah".
"mama ada pesan apa2 tak?".
"mama kata tunggu sini".

banyak lg soklan yg sempat aku keluarkan selain dari nama, darjah berapa, sekolah mana, tinggal kat mana dsb. sedang aku bersembang tu aku nampak puteri aku dah bangun sedang memerhatikan aku sambil tangannya memegang sebungkus asam...... aku tarik tangan kanak2 tu menghampiri van...... "kakak bagi abah asam ni boleh? abah nak bagi abang tu, kesian dia, umi dia xde..... umi dgn abang g pasar malam tu, nanti umi mesti belikan yang lagi besar". tanpa bantahan puteri aku bagi asam tu pada aku, aku pun hulur pada kanak2 tu. beberapa minit kami berbual sambil kejap2 kanak2 terjengah2 ke arah jalan, isteri aku pun sampai............ pesan pada kanak2 tu beberapa langkah2 keselamatan, jaga diri baik2, jgn ikut sapa2 ajak, kalau ada orang paksa ikut g lari ke pasar malam jerit kuat2 mintak tolong.......... kami pun beredar.

mcm terasa zalim kami meninggalkan kanak2 tu keseorangan, tp aku perlu mencari musolla utk melangsaikan 'hutang waktu' ku kepada Yang Esa. lagipun memandangkan faktor dari keadaan kanak2 tu yang tak 'gabra' bila ditinggalkan, boleh aku terjemahkan perkara ni dah biasa berlaku. so aku rasa dan berharap semuanya dalam keadaan selamat..........

wassalam...........

No comments:

Post a Comment