Monday, March 22, 2010

hAri iNi dALAm seJArAh

pagi ni cam biasa ke tempat keje tapi dengan satu perasaan lain......

lain, sbb hari ni aku akan hantar surat letak jawatan. keputusan ni dah kira muktamat setelah melalui beberapa siri perbincangan dengan org rumah.

hari ahad semalam kira final punya siri perbincangan..... satu ayat yang cukup menyedarkan aku bila org rumah bersuara. "rezeki ada dimana-mana, yang penting usaha dengan keyakinan semuanya datang dari Allah, bukan dari syarikat yang dah berpuluh tahun kita keje. lagipun nak buat apa mengharap pada org yang tak tau menghargai usaha kita. bab masalah sume tolak kat kita tapi bab gaji, bonus semua mengutamakan bangsa dia". betullah tu...... "umi tak kisah abah keje apa pun, umi bukannye sorang nurse yang gila pada gaji doktor pakar. umi lebih selesa kalau abah keje dari rumah, dapat jaga anak2. lagipun customer yang nak design pelan dengan abah pun dah makin ramai, apa nak takut? kalau berterusan keje makan gaji masa abis kat office, tak cukup dengan tu bawak balik lagi pelan buat kat rumah, bila masanya abah nak try berniaga sendiri? tak kisah la kalau siapkan keje opis kat rumah, kalau diorang masih menghargai, ini tidak pelan sume nak cepat, bila lambat maki hamun je dapat".

peh, org rumah aku yang nampak pendiam sesekali diberi peluang berhujah, boleh tahan gak bunyinya. so untuk mematikan hujah2 yang mencurah bagaikan air hujan yg sedang turun kat luar rumah. aku pun cut, "so result is resign?". "berenti jelah bah. bukan nak meracun, tapi kesian kdg kala umi tgk abah, balik keje nak tolong umi bt keje rumah lagi, tgk buku sekolah anak2, bila anak2 dah tido ngadap laptop pulak, buat keje office. belum lagi cite pasal aktiviti ronda dengan balai polis, ronda JKP lagi". "umi tak kisah kena tinggal dengan anak2 kat rumah, subuh baru abah balik, sbb dari dulu umi dah kenal abah, mmg suka buat keje masyarakat ni, buat ronda keselamatan la, ronda dengan balai polis la. sbb umi nampak kepuasan bila abah buat keje tu sume, umi pun rasa happy je. walaupun abah balik dah penat, ngantuk. yang umi tak puas hati bila abah ada kat rumah ngadap laptop buat keje opis, bukan buat keje sendiri, rasa mcm nak bakar je laptop tu. bukan sbb apa, sbb abah buat utk org yang tak tau nak menghargai usaha abah, nak buat apa?".

terpaksa sekali lagi mematikan huraian dia. so kompomla mlm ni abah buat surat resign, esok boleh hantar. "buat la bah, kalau nak suruh umi taipkan pun boleh, mudah-mudahan ini jalan terbaik buat kita sekeluarga"............. amin.

so tempoh aku hanya 2 bulan dari hari ini. seandainya semua berjalan seperti dirancangkan aku akan meninggalkan meja, kerusi empuk dan bilik ni yang dah aku diami selama 15 tahun pada 22 May 2010 akan datang...


No comments:

Post a Comment