Tuesday, March 16, 2010

anTAra dUA dARjaT











13 March 2010
4.00pm

Walaupun aku tak memainkan peranan penting sebagai urusetia dan jauh sekali tetamu kehormat, tapi dapat gak jemputan dari Ocs Tuan Roslan (Ketua Polis Balai Pelangi Indah) ke majlis Pelancaran Pos Polis komuniti Bistari Indah.

Bukan aku je yg dapat jemputan. Ramai lagi, melalui tiket Biro Cegah Jenayah Puteri Wangsa. Senang kira tak glamour mana pun aku. Hehe. Majlis bermula jam 4pm. Time tu lah gak aku sampai dengan beberapa orang Ahli BCJ. Maklumlah balik keje tadi ada urusan 3.50 baru sampai rumah members dah tunggu nak g saing2. Ramainya umat manusia xpayah nak cite. Barbagai bilang kaum dan fahaman agama.

Elok sedang meninjau2 scoreboard tetiba….. “diumumkan ketibaan Tan Sri Haji Musa bin Tan Sri Haji Hassan selaku Ketua Polis Negara”… peh semakin berasak2 orang menghampiri red carpet. Dalam pada sesak2 tu sempat la shot sekeping dua buat kenangan…..

Majlis terus menunggu ketibaan Menteri Besar Johor. Dalam pada menunggu tu aku cam biasa la low profile malas nak dok kat kerusi bwh khemah yang disediakan. Aku lebih suka meninjau2 cari kenalan sambil melihat scoreboard.

Tetiba aku ternampak Tan sri Musa pun meninjau2 scoreboard diiringi Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Bin Shariff, tapi jauhla dari tempat aku. Hati dah mula memberontak nak pegi dekat tapi, perasaan takut terlalu tinggi. Hehe biasalah aku ni Cuma ‘hamba suruhan’ depa tu org2 kenamaan. Tapi dari raut wajah kedua2 pemimpin tertinggi tu mmg sebijik mcm dalam TV. Dari segi senyumannya, ketegasannya, ketinggiannya….

Tetiba hati aku memberontak lagi “nilah peluang tuk aku lebih dekat dgn mereka ni, kalau lepas peluang ni xtau bila lagi? tak dapat berbual mesra dapat salam pun jadilah.”….. aaah kuatkan semangat redah buta je, abis kuat pun kena marah je. Ye tak? Serahkan camera pada member. Dengan perasaan gementar aku menghampiri kedua pemimpin ni sambil memberi salam (padahal langkah dah longlai tu…. Aaah peduli bukan aku buat jenayah pun

"Assalammualaikum tuan? "
"Waalaikuksalam". (sambil menjabat tangan aku)

"Eeem tuan boleh saya ambil gambar dengan tuan" (suara aku mcm tersekat2 takut nak keluar, sehinggakan Tan sri Musa terpaksa tunduk merapatkan telinganya).
"Eh boleh, boleh tak de masalah". Sambil memaut bahuku Tan sri Musa merapatkan dirinya dengan aku manakala Datuk Mokhtar mengapit aku dari sebelah kiri… ‘klik’…. Peh lega…. Dapat gak kenangan. Tukar ambik gambar member aku lak. Sambil ucapkan terima kasih aku beredar dari situ maklumlah wartawan pun dipisahkan dengan red carpet anggota polis yg lain pun berada jauh dari Pemimpim ulung ni, aku hanya kutu berani menghampiri beliau. Wlupun hanya beberapa saat dpt menghampiri beliau aku dapat rasakan kedua2 pemimpin ni mmg sama mcm dalam TV. Ada ketegasan bila berkata, berpendirian bila membuat keputusan, ramah kepada sesama makhlus, sopan santun tanpa memandang siapa dihadapannya.. mmg layaklah beliau menjadi pelindung kepada seluruh rakyat Malaysia. Beberapa minit kemudian Datuk Ghani Othman pun tiba dan majlis Pelancaran Pos Polis Komuniti Bistari Indah dirasmikan. Habis majlis aku pulang dengan perasaan 'gumbira', walaupun penat tp terpahat kenangan indah. Walaupun xmemainkan peranan utama tp masih dapat mengukir kenangan bersama Pemimpim Utama.

Alhamdulillah…. Wassalam

No comments:

Post a Comment