Wednesday, March 17, 2010

bERkHIDmAt uNtUK nEgaRA pARt 3



15 March 2010
9.00pm

Terima call dari JPA minta datang interview esok. Peh kelam kabut aku bagitau Zul suruh dia prepare untuk esok. Siapkan sume sijil2 dan dokument2 sokongan, gosok baju seluar, kiwi kasut. Panasnya gosok baju dalam cuaca panas ni. Maklumla dah lama aku tak gosok baju, semenjak tempat keje dah sediakan uniform…. Papehal pun esok kena bersiap awal sbb interview start seawal 8pagi.

16 March
5.30am tunggu org rumah bersiap ke kelas. Sambil temankan ke depan pintu pagar.
5.45am mandi. Solat subuh. Xsempat mangaji pagi ni. Kelam kabut (sikap manusia lemah iman, urusan dunia diutamakan, akhirat kalau sempat)
6.30am angkat anak2 yang masih lena dibuai mimpi, hantar ke nursery. Ambil Zul. Terus ke pejabat Pertahanan Awam Daerah JB.

8.30am interview bermula. Lepas ujian fizikal terus kena interview dengan LTM Nasrul bin Ishak @ mohd Yamin. Soalan demi soalan diajukan, semua berkisar ttg keselamatan, pertolongan cemas. Tak la payah sangat nak jawab sbb aku pernah terlibat denagn unit sukarelawan PBSM caw. Kota Tinggi, berpangkat Sarjan. Tp tu beberapa belas tahun yg lalu. Hehe. Lain2 kebolehan sistem kebombaan je la yg aku ada. Mencegah dan memadamkan api. Yg tu senang je sbb dah mmg bidang aku, design dan lukis pelan bidang kebombaan.

Lastly soalan cepumas. Berminat tak untuk sertai sukarelawan polis? Dengan ‘kompidon’ aku jawab “seandainya saya memang berkelayakkan dan ditawarkan, saya dengan penuh minat dan sedia berkhidmat, tuan”.

Akhir interview beliau minta satu salinan dari setiap sijil dan sokongan document yg aku ada. Maklumat terkini, pihak Jabatan akan hubungi aku. Sebelum masuk ke pejabat, sempat singgah HSI, derma darah. Dah masuk 3 bulan ni tak menderma…. Kesian pada yg memerlukan…..

Wassalam

No comments:

Post a Comment