Thursday, July 22, 2010

duNiA hAnYA sELUaS dAuN keLOR

awal pagi semalam aku bergegas ke pej. JPAM kerana ada tugasan sebagai urusetia majlis penutupan perkhemahan kadet PA (KAPA) peringkat kebangsaan tahun 2010. macam biasa sebelum ke tempat tujuan aku akan singgah di Petronas BBU, untuk beli setin power root sebagai 'sarapan pagi' sebelum berkawad, dan gula2 sebagai 'bahan makanan' bila terdesak.

elok aku keluar dari kedai pertonas tu, ternampak seorang hamba Allah yang dah lama melarikan diri dari aku sedang mengisi minyak. dengan rasa mesra sebagai seorang rakan yang pernah berhubung aku pergi kearahnya dan memberi salam. terketar2 dia nak menjawab salam aku. aik dah lama tak memberi & menjawab salam ke, sampai payah nak menjawab. mungkinkah dia dah terbiasa dengan ucapan good morning atau sebagainya. maklumlah dunia dah maju zaman dah berubah. mungkin salam dah xsesuai kot...... tp sebagai seorang islam aku rasa selayaknya jgn ditinggalkan terus ucapan salam yang diajarkan oleh penghulu kita.

"sihat &^*!" tanya aku sbb dah lama xjumpa dia. sepatutnya jawapannya yg aku terima "ahlamdulillah sihat" atau seringkasnya sihat / ok / cambiasa. ini tidak panjang berjela yg dia jawab, "duit ngkau nnt aku bayar, duit ada cuma dia belum bayar aku, tunggulah dulu, ada nanti aku terus bayar, no ngkau aku ada simpan."
"eh xpe la *&$%, saya pun bukan nak urgent cuma rasanya dah lama sangat, dah dekat setahun, pelan xlulus ke?" saja aku menduga.
"pelan semua ok, dah lulus, aku dah serah pada dia pun, cuma tu la dia xbayar lagi, nantila aku mesti bayar, ni pun ada banyak lagi projek masuk nak lukis ni."
"xpe ^%$* saya paham, biasalah buat keje kontraktor ni, buat keje kena modal sendiri dulu, kalau orang nak main kotor, kita nak buat camne, sbb keje kita dah buat, diposit xamek lak tu. lain la org jual beras. nak bawak balik mesti bayar dulu, xbayar jgn harap leh makan."

dari kata2 aku tu dia cuba alih topik perbualan, tanya knp aku dah berenti dgn syarikat lama, knp joint pertahanan awam, cerita pasal dia selalu sakit2..... sebagai seorang hamba yang masih waras aku layankan je, lagipun xbaik terus menerus meletakkan dia dalam keadaan 'serba bersalah', aku pun xjatuh muflis kalau dia xbayar, dan belum tentu dengan bayaran dari dia tu aku terus jadi jutawan. sbb aku masih percaya rezeki tu datang dari Allah bukan dari dia.

dia yang aku maksudkan tu adalah seorang client yg bila susah baru mintak tolong, bila senang call aku pun xnk jawab, sms jauh sekali nak dibalas, dan aku pun bukan nak tumpang kesenangan dia, cuma aku menuntut janji hasil dari kerja yang dah aku sattlekan. tp selalunya hampa,nak kata mahal harga yg aku caj, rasanya harga dia jauh lebih murah dari client yg lain sbb dia seagama dgn aku. dan sebenarnya beberapa kali call dia tp xberjawab, aku dah niatkan ikhlas. sbb aku xnk rugi kedua2nya...... ye la bila asyik mengejar payment, sebaliknya dia pula asyik melarikan diri, lama kelamaan akan memberi ruang kepada syaitan utk menghasut kita agar tidak menghalalkan segala kerja2. akhirnya kita sendiri yang rugi payment xdapat, pahala pun jauh sekali......

dan coretan aku ini adalah sekadar untuk melatih hati, diri dan jiwa aku sendiri agar belajar mengikhlaskan setiap usaha dan kerja.......

kita lupakan kisah tu, dan mengimbas kembali keletihan sepanjang hari menjadi urusetia kepada kadet PA. wassalam......



kawalan kehormatan dan belakangnya kontigen negeri

betul ke anggota aku kata xpernah nampak aku senyum????
kontigen negeri

No comments:

Post a Comment