Tuesday, July 20, 2010

LAtiHaN yaNG meLeTihKan

pada 2/3/4hb yang lalu. Jpam Jb menganjurkan latihan menyelamat di Kem Dayang Pekan Nanas Pontian. aku adalah salah seorang yang terlibat dari 78 anggota.

berkumpul di Jpam Jb selepas solat Jumaat, bertolak ke Kem Dayang pada 18:00, sampai sana dah nak masuk Isya'. taklimat ringkas. terus naikkan khemah. suasana hujan renyai2 dalam suasana hutan yang gelap adalah satu keadaan yang sukar untuk melangkah. tp apa pun keadaan mesti dirikan khemah dalam masa yang singkat kot x mlm ni nak tido mana?

lepas makan malam, terus jalani latihan simulasi. aku lak kena jadi mangsa. mulanya rasa best la, tp bila difikir2 kan xbest, mmg xbest, sbb aku nak berlatih untuk jd penyelamat bukannya mangsa. bestnya sbb kena angkat, dilayan mengikut kehendak diri. tp hakikatnya aku kan anggota Jpam yg sepatutnya didedahkan dengan tugasan menyelamat....

mlm tu aktiviti tamat jam 1:45pagi. mandi, solat isya dan maghrib. 2:40 rest jap. pukul 4:00 duty kawalan, sampai kul 5:00

aktiviti hari kedua. pagi cam biasa dengan perut yg kosong, senaman pagi dari jam 6:30 sampai 8:30 fuh mengigil perut. senaman kalau lembut2 cam taichi tu xpe la, ini dah mengalahkan senamrobik....

lepas sarapan dalam kawad semua sekali kena denda berguling kat lumpur. chis kuang ajo nye jurulatih. masa tu terasa mcm nak balik je, tp ingat kata2 tn Hidayat "awk mesti tabah bukan rebah, dlm hati jgn ada taman, jgn hati tisu, tekanan yg awk terima tu utk memantapkan mental n fizikal awk". so tahan jelah.

latihan terus bersambung dari turun bangunan menggunakan tali(A&D) menyelamat di air(water confident) sampailah ke junggle tracking. fuh... padat aktiviti, kalau cam ni sebulan kurus kering aku jadinya. dah la makan cukup sekadar alas perut je. suasana hujan renyai2 lak tu, teringat kl dok kat rumah pekena kopi ngan celup biskut sedap ni..... adusss bilakah latihan ini akan berakhir.....

mlm ke2 sekali lagi kumpulan aku kena denda guling kat lumpur, gara2 kwn yg sepatutnya duty kawalan syok membuta, hasilnya semua kena baring dalam lumpur sejam. dah la sejuk hujan, tambah lagi berendam dlm becak..... sbb tu agaknya kerbau yg kat kampung org rumah aku tu suka berendam dalam bendang ek, sejuk je?

latihan hari seterusnya dah xterlarat nak aku luahkan, memadailah rasanya kalau aku katakan dengan makanan yg bercatu tu xcukup untuk dijadikan tenaga kena lanyak. bukan sekadar bumping, tepuk lalat 90kali tu dah biasa, star jump, mcm2 lagi la. hukuman paling ringan sebijik gula2 kongsi makan 16 org..... ramai yang injured dan lebih ramai yg 'hati koyak'.....

balik hari ke3, mcm perasaan bermain dalam fikiran, penat dah xpyh cakap, yg lebih teruk hati bukan sekadar'koyak' tp dah sampai tahap 'rabak'. kalau ikutkan hati rasa mcm xnk terlibat lagi dgn JPAM, tp memandangkan ini je satu2nya jalan utk aku mencapai matlamat menjadi SPDRM, tahankan jelah...... sekurang2nya dpt mendedahkan aku dgn aktiviti luar, setelah penat mengadap laptop membuat pelan......

smua keletihan, xcukup tido, xcukp rehat, xcukp makan

hari nak balik baru semua ceria, baru nmpak sinar matahari (slh sorg rakan retak pergelangan tangan)

xsabar nak balik, tgk is3, anak2, makan, tido yg selesa, tgk laptop,

ahli kumpulan 2, diantaranya, aku....

No comments:

Post a Comment