Thursday, July 29, 2010

standby PC untuk TM

23-25hb july yg lalu......

aku dan beberapa anggota JPAM terpilih untuk menjaga first aid kepada syarikat Telekom Malaysia. yang mana mereka mengadakan karnival sukan untuk seluruh cawangan TM di Malaysia. perbagai acara dijalankan. bola sepak dipadang Seri Gelam, ping pong di Komplek Belia Dan Sukan Negeri, badmington di Dewan tertutup stadium Larkin, bola jaring, bola tampar, sepak takraw dan banyak lagi.

ini adalah kali pertama aku standby medic, berbagai perasaan bermain difikiran, seronok, teruja, takut pun ada. selama ni semasa memandu aku hanya ketepi bila dengar bunyi seren ambulan, tapi kali ni aku yang bertugas dalam ambulan.

bila mangsa kekejangan otot, luka bergegas kitorang diberikan rawatan awal, ada juga mangsa yg pengsan semasa perlawanan badmington. xkurang juga kami yang jadi mangsa lakonan pemain terutamanya bagi perlawanan bola sepak, bila pengadil beri sepakan percuma terus boleh bangun mangsa tersebut, ciss buat penat je kami berlari ketengah padang. tp mana boleh mengeluh, itu adalah salah satu tugas paramedik..... walaupun tak dapat memberi khidmat sebagai seorang doktor pakar, sekurang-kurangnya aku dapat memberikan bantuan ciput kepada yg memerlukan...

selama 3 hari tu banyak pengalaman baru aku pelajari dalam bab medik. kalau sebelum ni aku sering mendengar keluhan org rumah berkenaan ketidak fahaman orang awam berkenaan medik. komplen itu dan ini sedangkan mereka tak tau prosedur medik, tp kini aku dapat rasakan keadaan sebenar berhadapan dengan kerenah orang awam yang xfaham prosedur medik tp banyak mengomel itu dan ini.....

satu contoh, semasa perlawanan badmington ada seorang pemain tiba2 jatuh pengsan, kebetulan aku dan seorang anggota wanita ditempatkan didalam dewan tersebut. sebaik menerima arahan pengadil utk merawat mangsa, aku bergegas masuk ke dalam gelanggang. keadaan penonton dan penyokong dah mengerumuni mangsa. aku minta kerjasama agar mereka bersurai, supaya peredaran udara bersih dapat sampai kpd mangsa. bila dah respon mangsa dia masih dlm keadaan sedar, aku minta rakan anggota tanggalkan kasut dan stokin mangsa. belum sempat buat prosedur seterusnya, dtg seorang urusetia tolak aku suruh ketepi, sampai terduduk aku dibuatnya. aik tugas sapa ni? sedangkan aku dengan uniform berani dia buat demikian. tindakan dia seolah2 pakar dalam medik. aku pun xtau siapa dia. apa yang dilakukan jauh dari prosedur yg kami pelajari. so, xnak menjadikan keadaan lebih tegang aku arahkan rakan anggota lepas tangan dengan kes tersebut. seandainya apa2 hal yg lebih serius berlaku senang kami tuding jari pada urusetia tersebut. banyak lagi ketegangan berlaku antara kami, belum lagi dengar soseh-soseh org awam ttg tindakan yg kami lakukan, tapi rasanya xperlulah diceritakan disini. biarlah ia menjadi kenangan dan pengalaman dalam hidup aku....

cuma pesan aku kepada orang awam seandainya, anda benar2 terlatih tunjukkan kelayakkan anda, sekurang2nya kad keanggotaaan. jika mana anda xberpengetahuan dalam medik, seeloknya anda diam, kalau memang dalam hati mempunyai niat suci murni untuk membatu sekali pun, bertanyalah kepada anggota medik "ada yg boleh saya bantu encik?". mungkin anggota medik perlu mengalihkan mangsa ketempat lain, waktu itu mungkin mereka memerlukan bantuan anda. atau mungkin juga mereka memerlukan bantuan anda mengipas mangsa.... jgn sesekali timbulkan pelbagai andaian mengikut fahaman sendiri. sbb tugasan medik ini berkaitan dengan nyawa mangsa. kadang kala niat ikhlas membantu itu boleh menyebabkan anda terjerat didalam kandang pesalah mahkamah.

kita lupakan kisah tersebut, sbb aku terima hakikat mengatakan bahawa 'musuh medik adalah orang awam'. namun bukan aku menuduh semua orang awam sedemikian mungkin hanya segelintir darinya......


sempat bergambar kenangan bersama rakan medik dari MAHAMAS AMBULANCE

selesai acara marathon pada hari ketiga. ramai peserta yg kekejangan otot.

No comments:

Post a Comment