Monday, February 22, 2010

keRiANgAN mU keBAhaGiaAn kAmi










flashback 14/02/10

birthday putera bongsu aku ke 4 tahun. 12 hari selepas birthday puteri aku iaitu 04/02. cukup menjimatkan kalau nak calebrate ataupun buat kenduri kesyukuran, boleh buat serentak.

memandangkan org umah tengah exam, so malaslah nak menyusahkan dia masak2 buat jamuan, macam tahun2 sudah. nak kata tempah catering je pun rasanya masih mengganggu, sbb nak buat persediaan kenduri dan sebagainya..... so perkara yang mudah adalah bawak je family keluar makan. aku tanya birthday boy nak makan apa? senang je dia jawab. "nacik ayam". ala takkan nasi ayam je kot..... lastly abang dia ajar dia cakap "nak makan 'ciken cop' kat jusco sama main game".

semalam org umah dah bebas dari 'soklan atas kertas', so baru bawak semua berjalan ke jusco tebrau city. pasaraya yang pernah mendapat title 'pasaraya terbesar di asia'...... so rakyat JB secara amnya boleh berbangga kot. aku pun boleh tumpang berbangga gak kot. kerana bukan semata-mata rakyat Johor, tp ada sebahagian part dalam bangunan ni hasil design aku..... (aahhh, tp xbest la nak bangga2, Allah xsuka)

sempat bawak anak2 main game kat 2nd floor tu pastu lunch chikenchop..... Alhamdulillah dapat gak tunaikan hajat anak2 walaupun xla sebesar mana keje2 perlaksanaannya. sesekali bila direnungkan zaman kecik2 dulu xde ini semua. maklumlah aku dilahirkan dalam keluarga 'cukup makan' je....... alah xpelah tu sume dah berlalu, walaumacamana pun tq pada mak dan abah aku yang telah melahirkan dan membesarkan sehingga aku dapat menjadi seorang hamba yang yang mengenal Tuannya. tq juga pada isteri aku yang telah melahirkan cahaya mata yang akan menjadi penyumbang pahala setelah ketiadaan kami dari atas muka bumi ni nanti........

2 comments:

  1. haha .
    bahagianya hidup abang .
    jeles la pulak .
    bersyukur dengan apa yang ada nie .

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dik, semuanya datang dari Allah.

    InsyaAllah, sok lusa adik dah ada kuarga sendiri, lagi bahagia kot.... Amin

    ReplyDelete