Tuesday, March 16, 2010

maULidURRaSUL SAW 1431H





































13 March 2010
7.00pm

Balik ketempat lama aku. Jalan Delima Taman Kota Masai.

Kat sini lah aku pernah mengukir pelbagai kenangan suka duka pahit manis bersama masyarakat setempat. Beberapa tahun dulu akulah Setiausaha JKKP kat sini. Pernah menang tanpa bertanding untuk beberapa penggal (bukan nak berbangga sekadar mengulit kenangan… kata kumpulan Data. hehe).

Sebelum Azan Maghrib sempat ‘sembang mambang’ dengan rakan2 lama. Maklumlah dah lama xjumpa. Ramai yg tegur aku semakin kurus… ‘eh ye ke? Aku rasa biasa je, lagi bertambah boroi adala rasanya’ hehe. Ada beberapa org rakan yg nampak dah mcm dimakan usia. Nak cakap ‘tua’ tak leh beb nanti kena marah lak. Tp secara xlangsung menyedarkan aku. yang aku pun dah semakin tua.

Lepas jamuan, solat Isya. Dan majlis dirasmikan oleh Datuk Maulizan bin Bujang selaku Adun zon Tiram. Aku sempat shot sekeping je gambor dia masa berucap. Tp dah xberani nak ulangi ‘keberanian’ ptg tadi bersama Ketua Polis Negara dan Negeri…

Habis ceramah. Kul 11 lebih balik rumah. Sempat on laptop lg. mematuk seharian punya aktiviti. Peh macam nak pitam rasa, perut berkoroncong, kepala 'fenin2', mata berat nak bukak. Sepanjang hari yang cukup berkejar dengan masa.

Imbas kembali.

Mlm semalam tak makan malam (harap makan lepas solat jumaat je). Pastu turun ronda keselamatan dari kul 12-00am sampai 4.00am. dah ngantuk balik rumah terus tido.

7.30am g keje, balik 12.30 terus g Danga City Mall servey IT FAIR. Solat Zohor kat surau apa ntah, ke Menara landmark pulak, tangkap laptop balik, sampai rumah 3.45 xsempat nak jamah nasi.

Bersiap terus ke Majlis Pelancaran Pos Polis komuniti Bistari Indah. sblum abis program kul 5.30pm. balik rumah mandi solat Asar. xjamah lagi nasi. sbb nak berkejar ke PG lak.

6.15 terus ke Pasir Gudang untuk Majlis Sambutan Maulidurrasul. baru sempat jamah nasik jagung, tp ala kadar je sbb org ramai. lgpun tempat terhad. Balik rumah dah 12.30 mlm.
mandi. on laptop buat keje sikit sampai 3.30am ngantuk tido.....zzzzzzzzzzz

pagi bangun subuh kepala ‘fenin’ mcm nak pitam. apahal lak ni???? bila difikirkan semula baru perasan..... Tak cukup ‘rest’ tido jauh sekali, pastu ditambah dengan xmakan selama lebihkurang 36 jam. Peh nasib malaikat maut xdatang menjemput kalau xtido panjang la nampak gayanya..... waallahuaklam

Wassalam….

2 comments:

  1. perut kosong boleh masuk angin

    angin naik ke kepala jadi pening

    nasib baik tak muntah dan pitam...

    jangan abaikan waktu makan nanti gastrik

    ReplyDelete
  2. betul tu tuan.

    terima kasih kerana memberi ingatan.
    ingatan yg selalu gak keluar dari mulut isteri ana. tp tu lah namanya manusia sering terlupa dan suka 'memandang sambil lewa'

    wassalam

    ReplyDelete