Wednesday, March 31, 2010

stEAmbOaT = sAmPaN wAp

pagi ni sengaja masuk office lambat. sbb malam tadi ada rondaan keselamatan 'spesel order' kat tempat aku. dari kul 2am sampai 4am. dekat kul 10.00 pagi ni baru masuk office. masuk2 je terus online sbb nak cari sesuatu. sebenonya boleh berlengah mcm ni sbb keje2 urgent byk yg dah siapkan, tinggal keje2 yg sempoi2 je. tu pun date line masih lambat lagi.....

ptg semalam masa sembang2 dengan org umah, dia kata "nak makan steamboat mcm kat Taiping tu yang kuah dia pekat ada kacang tumbuk". nak cari kat luar, aku tak tau kat mana ada, takkan nak ke Taiping lak kot. maklumla aku ni bukan jenis suka merayau2, bila cuti hujung minggu. kalau kuar pun semata-mata nak beli barang dapur atau ada order dari anak2 dengan org umah je. tu yang tak berapa tau nak cari kat mana....... dulu masa zaman bujang penah makan steamboat kat 'tapak senaman Pantai Lido'. mmg ramai yg niaga zaman tu kat situ. dah macam pasar malam. la ni tempat tu dah jadi danga bay. so tak tau kemana sume peniaga tu semua berhijrah.

cari punya cari resepi dalam internet, dapatlah beberapa resepi yang nampak macam best tuk 'di try'. so nampak gayanya menu cuti hujung minggu ni 'sampan wap' la, hehehe...... hari ahad lepas menu mee rebus. org umah suka je. maklumlah hujung minggu hari off dia memasak. anak2 lak lagi lah terlebih suka, dapat tukar2 menu, maklumlah sepanjang minggu menu nasi campur je...

dalam pada merayau2 kat alam maya tu termasuk blog saudara 'MAS' (Mazidul Akmal Sidek) terbaca lak entry dia yg terbaru berkenaan Din Beramboi. terperanjat, sedih, pilu, kesian, simpati semua perasaan bermain dalam diri. maklumla suatu masa dulu aku minat gila kat din beramboi ni. seorang pelawak yg mempunyai jutaan idea spontan. so dikesempatan ni aku mendo'akan agar beliau dan waris2nya tabah menhadapi ujian dari Allah swt. sesungguhnya setiap ujian itu terkandung hikmah disebaliknya.....

korang boleh cek link MAS kat sini

wassalam.

4 comments:

  1. Salam perkenalan.
    Saya lihat anda di blog Kak G & DANZ. Kut sudi berkawan dgn saya juga :)
    Anda gemar memasak juga ke?

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan keri.

    kecik tapak tangan, kapal MISC saya.....eerrrrr (tak kuat la pulak nak tadah dengan kapal MISC) xpe lah.

    saya sudi berkawan malah bersahabat dengan sesiapa je. tp 'bersahabat dengan jin' tu xnk la..

    bukan gemar sangat memasak, tp sesaje je memenuhkan aktiviti cuti hujung minggu. disamping nak berkhidmat untuk org umah dan anak2.

    rajin2 la singgah ye
    wasalam

    ReplyDelete
  3. Memang best makan Sampan Wap nie....

    ReplyDelete
  4. tu la dia. sampan wap. betul ke terjemahan tu? hehehe.

    makan sampan wap xpe tuan, jangan makan sampah, apatah lagi jd sampah masyarakat. lagi xbagus.

    ReplyDelete