Tuesday, February 23, 2010

pRoJek tAhuNAn gONg xi fA cHai




seminggu cuti tahun baru cina mmg menyeronokkan. tp kalau dah cuti tu xde pape aktvt yg berfaedah boleh mendatangkan bosan gak, so cam biasalah org macam aku ni mmg xleh dok diam, ada je keje yg nak dibuat. sbb aku akan rasa mcm menyesal je kalau melalui sehari tanpa keje yg nak dibuat. kalau xtolong org umah basuh pakaian, tolong masak, kl x, tolong mop lantai, xpun susun atur semula barangan dlm rumah. xde keje dlm rumah, kacau2 pokok bunga luar rumah........tp tu kl tgh rajin la kalau mood malas datang, cuma terlentang depan tv je. nk belayar ke alam maya, kat rumah xde internet. ni pun harap subsidi bos kat tempat keje. hehe.




so untuk 'cuti paksa' seminggu raya cina tahun ni. aku dah plan nak modified pintu gate....... tahun sudah (2009) aku buat garage parking. tahun sebelum tu (2008) buat pagola ngan meja batu tempat melepak, tahun sebelum tu lagi (2007) modified pagar dari besi ke patern kayu........ sume keje2 yang aku buat berkonsepkan kayu supaya ia nampak lebih classic. tp xdela kayu cengal atau merbau. kayu2 murah ke. sbb bagi aku kayu tu bertindak sebagai ketahanannya. sebaliknya ketelitian dan setiap penghasilan yang lebih penting bagi menyerlahkan sesuatu konsep yg dikehendaki.




setelah seminggu bertungkus lumus memotong besi, mengecat, mem'varnish' kayu, menebuk lubang, welding, akhirnya siap gak pagar kayu aku. tapi terasa badan macam 'kena pijak gajah', maklumlah biasa dok opis dalam aircond sekali buat keje berat, abis jem satu badan, siap kena buat apoinment dengan tukang urut bila dah sattle sume keje2...... dengan siapnya pagar ni, menyerlahkan lagi rumah aku kepada konsep traditional. tinggal nak 'main' sentuhan warna je bagi menaikkan seri.......
dah terlanjur 'mematuk' ni, nak ucapkan sekali berbanyak2 tima kasih pada Rudi dan Am yg banyak menolong menjayakan projek aku tahun ni. kalau tahun2 sudah aku buat keje sorang2, kira tahun ni ada la 'pemerhati' yg jadi 'check n balance' apa yg aku buat..... anyway tq sekali lagi pada sume yg terlibat menjayakan projek ni, baik dari sekecil2 pertolongan hingga ke sebesar2 sumbangan......
wassalam

6 comments:

  1. Aslmkm.
    Wahhh ... ini ciri-ciri suami & bapa yg dikagumi ... kakitangan baik juga? :)
    Kak G doakan semoga Jeman juga bahagia di Maya ini ... semoga kita dpt menjalinkan silaturrahim yg baik. Bila berkelapangan, jengah2 le ke blog Kak G ya.

    ReplyDelete
  2. waalaikumslm

    tq kak G sbb sudi jengah2 kesini. alah xde la baik sesgt, sekadar menyedari diri sbg seorang hamba..... cari rezeki sesama, susah sng sesama, suka duka pun sesama, bantal pun kongsi sesama (hehe) xkn tugas membesarkan anak dan urusan rmhtangga nak 'guna kuasa jari' je, ye tak?.....

    time kasih do'akan kebahagiaan saya. semoga Allah merahmati dan sekalian malaikat mendo'akan keberkatan kuarga kak G juga.

    ada gak singgah2 blog kak G tu cuma xtinggal 'tapak kaki' je.....

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.
    :) Ikut jejak Kak G ikut anda ni .. hehe
    Syabas sdra .. begitulah, kita harus peka & insaf tentang kewajipan sebagai makhluk Ilahi.

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan juga buat anda.

    tq kerana sudi 'pollow'. (mcm SY & KE ckp pepagi dalam SINAR PAGI tu, i pollow') hehehe.

    pasni rajin2 la lagi menjengah2 ye.....

    wassalam..

    ReplyDelete
  5. Aslmkm.
    Mungkin sibuk la ni ... :)

    ReplyDelete
  6. waalaikum salam
    Kak G, dan sume yg sudi jengah2 blog ni.

    ye la, skrg ni mmg tgh sibuk sesgt. maklumla cuti raye cine tuari seminggu..... ibarat aliran sungai yg di'empang'. sekali bila dilepaskan..... boleh mendatangkan bah...

    papehal pun insyaallah ada kelapangan nnt sambung balik....

    wassalam.

    ReplyDelete