hari ini 31 Mac 2020 bersamaan 6 Syaaban
1441H
Mengimbau
kembali 15 Oktober 2019, aku, isteriku dan beberapa orang Jemaah El-Izzah
berlepas dari tanah air menuju ke Jeddah, Saudi Arabia.
Alhamdulillah,
Allah memudahkan perjalanan kami, meskipun terasa sedikit keletihan untuk
perjalanan sejauh itu, namun keletihan itu berbaloi apabila kami dapat
menjejakkan kaki di bumi yang penuh barokah, Madinah..
Bersemadinya
jasad suci Kekasih Allah, Muhammad saw. Kerana Mu ya Rasul, kami mendapat
hidayah dari Allah. Kerana Mu ya Rasul, hidup kami mendapat kasih sayang dari
Allah. Kerana Mu ya Rasul, kami adalah umat yang mewarisi mukjizat, berbanding
umat terdahulu. kerana Mu ya Rasul, kami menjadi umat yang pertama di hisab di
akhirat nanti. Sungguh besar pengorbanan dan kasih sayang Mu kepada kami.
Pasti
airmata akan mengalir, dada terasa sebak, fikiran jadi celaru, mengenangkan
kepayahan yang Kau tempuhi, demi memastikan kami terselamat dari seksa neraka
Allah..
Allahumma
salli ala saidina Muhammad wa alla alihi wasah bihi wassalam..
Ya
Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyanyang, temukan aku dan ahli
keluargaku bersama kekasih Mu disana nanti. aku amat merindui Nya.. tidak
terluah dengan kata-kata. Tidak terungkap dengan coretan..
Masalah serangan virus covid-19 ini telah memaksa kerajaan Arab Saudi menutup semua pintu masuk kepada jemaah umrah. perkhabaran yang menyedihkan. Namun aku tetap bersyukur kerana telah sempat dipilih Allah menjadi tetamu Nya 4 bulan lebih awal dari serangan virus ini... Mudah-mudahan Allah akan memilih kami dan alhi keluarga kami lagi nanti... Amiinn Ya Rob..
No comments:
Post a Comment