hari
ini 18 syaaban 1441H bersamaan 12 april 2020.
Telah genab 30 hari Perintah Kawalan Pergerakan
berlangsung. 2 hari yang lalu, PM Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan PKP
terpaksa diteruskan kepada fasa ketiga. Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia
terpaksa berkurung lagi sehingga 28hb April 2020..
Allahu
Akbar… bilakah semua ini akan berakhir… hanya Allah jua maha mengetahui. Dengan
lajutan PKP ini kepada fasa ketiga secara rasminya tahun 2020 ini adalah kali
pertama umat Islam di Malaysia akan melakukan solat tawarikh secara berjemaah
di rumah masing-masing.
Bercerita
tentang solat tawarikh, masih segar lagi dalam ingatanku semasa aku masih
bergelar kanak-kanak suatu masa dahulu.. kedudukan rumah ku dengan masjid jamek
Ulu Tiram lebih kurang sejauh 2km.. setiap hari lepas berbuka dan menunaikan
solat maghrib berjemaah, aku dan kedua abangku akan bergegas mandi dan
bersiap-siap untuk ke masjid dengan hanya mengayuh basikal. ketika itu
jalanraya tidaklah sesesak pada waktu ini. Kami bebas mengayuh di atas
jalanraya tanpa perlu rasa keselamatan kami terancam.
Selesai
20 rakaat berjemaah kebiasaannya akan ada juadah ringan yang disediakan oleh
pihak masjid dari sumbangan orang ramai. Inilah part paling aku suka, maklumlah
rutin harian keluarga ku hanyalah berbuka nasi dan lauk ala kadar.
Jarang-jarang sekali kami dapat berbuka dengan kuih muih ataupun makanan ruji
lainnya seperti mee atau sebagainya. Namun kami masih sentiasa bersyukur
sekiranya mahu dibandingkan dengan mereka yang berada di Syria mahupun Palestin.
Seandainya
masih banyak lagi baki dari hidangan tersebut, kami akan bungkus membawa pulang
untuk dikongsi bersama adik beradik yang lain. Pasti adik beradikku yang tidak
dapat ke masjid akan turut bergembira dengan rezeki yang kami bawa pulang itu. Kebiasaannya
kepulangan kami tiga beradik dari masjid sering di tunggu oleh ahli keluargaku
yang lain. Pastinya mereka jua mengharapkan ada lebihan makanan dari masjid.
Itulah
keindahan dan keseronokkan yang kami lalui suatu masa dulu. Alhamdulillah, aku
bersyukur kepada Mu ya Allah kerana mengkurniakan kepadaku adik beradik yang
ramai. Dan setiap dari adik beradik ku mempunyai pelbagai warna yang
berbeza-beza. Namun perbezaan warna itu lah yang membuatkan kehidupan kami
lebih ceria dan berwarna-warni. Dan bersyukur jua kepada Allah kerana telah
mengurniakan kami rezeki sekadar yang diperlukan. Seandainya Allah mengurniakan
kepada kami rezeki yang berlebihan, pastinya kami tidak pandai untuk menghargai
setiap makanan yang ada.
Kini,
semuanya telah berlalu begitu lama. Apa yang tinggal hanyalah secebis kenangan
yang terkadang membuatkan aku tersenyum sendirian.
# perintah kawalan pergerakan
Pkp ini membuatkan kami tidak dapat
berkumpul lagi.
Pkp ini membantutkan proses jualan
rumahku di kota masai.
Pkp ini melembapkan proses pecah geran
bukit keremoiyang
Pkp ini menghalang aku ke Spg Renggam
mengusahakan tanamanku.
Pkp ini melambatkan proses
membaikpulih proton waja ku, meskipun tuntutan insuran telah lama lulus.
Pkp ini banyak memberi peluang aku
bersama anak-anak ku, Alhamdulillah.
Setiap
kejadian yang berlaku pasti Allah sembunyikan sesuatu hikmah bersamanya.
No comments:
Post a Comment