hari
ini 26 syaaban 1441H bersamaan 20 april 2020.
Merupakan
hari isnin terakhir dalam bulan syaaban. Hanya tinggal 3 atau 4 hari sahaja
lagi umat islam seluruh dunia akan memasukki bulan ramadhan. Tidak seperti
tahun-tahun sebelumnya. ramadhan tahun ini tidak ada solat tawarikh berjemaah
di masjid mahupun surau. Tidak ada bazar ramadhan, yang sering membuatkan nafsu
makan berlebihan. Tidak ada pakej umrah awal ramadhan yang ditawarkan, mahupun
pakej akhir ramadhan.. Lahaulawala quwatailla billah. Semua yang berlaku adalah
atas kehendak Allah swt jua.
Sebelum
kehadiran ramadhan nanti ada eloknya aku tunaikan tanggungjawab sebagai seorang
penderma darah terlebih dahulu. Tidaklah nanti aku terpaksa menderma darah
ketika sedang menjalani ibadah puasa.. tidak membatalkan puasa pun, Cuma aku
malas letih berpuasa ditambah lagi dengan lemah selepas menderma darah.
Alhamdulillah
semalam dah selesaikan urusan menderma untuk kali ke 57. Info dari staff nurse
yang bertugas beliau menyatakan stok tabung darah telah sampai tahap kritikal.
Penggunaan darah amat banyak terutamanya untuk keguaan pesakit covid19.
masyaAllah.
Graf
pesakit covid19 di seluruh Malaysia, sehingga semalam telah menampakkan
penurunan.. Alhamdulillah semoga wabak ini segera Allah hapuskan dari bumi
tercinta ini khususnya dan dari muka bumi ini secara amnya. agar manusia dapat
menjalani kehidupan seperti sediakala. Serangan virus covid19 ini membuatkan
seolah-olah perjalanan hidup ini terhenti seketika. Perniagaan, perindustrian,
semua terhenti. pusat pengajian, persekolahan, peperiksaan terpaksa
ditangguhkan. Urusan kewangan dan perbankan terpaksa dibekukan.
Aku,
terus menghitung hari demi hari menunggu bilakah masanya aku dapat kembali
menjalankan tugasan seperti sediakala.. tugasan…? Apakah agaknya tugasan yang
penting sangat bagiku? Secara jujurnya tiada tugas yang sangat penting bagiku.
Hanyalah rutin kehidupan seperti biasa iaitu meneruskan pengembaraan ku di bumi
yang semakin gersang ini…
(Edisi khas posting yang ke 101)
No comments:
Post a Comment