Thursday, April 23, 2020

rAmAdHaN iNi dAtAnG LAgi


hari ini khamis. 29 syaaban 1441H bersamaan 23 april 2020.

Merupakan hari terakhir dalam bulan syaaban. Insya Allah.. selepas solat maghrib nanti, adalah waktu melihat anak bulan, bagi menentukan esok telah memasuki bulan ramadhan, dan solat terawikh akan bermula pada malam ini. Ataukah masih berbaki satu hari lagi melalui syaaban yang terakhir.

Apabila telah datang bulan ramadhan maka syaitan-syaitan akan dibelenggu. Pintu-pintu neraka akan ditutup, manakala pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya. Amalan umat Muhammad akan digandakan nilai pahalanya. Rahmat Allah tersebar seluasnya kepada sekelian mahluk, sehinggakan tidurnya seorang yang berpuasa kerana Penciptanya, akan dinilai sebagai ibadah. SubhanAllah, sungguh besar kasih sayang dan rahmat yang Kau berikan kepada kami umat Muhammad.

Mudah-mudahan ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua. Beberapa tahun kebelakangan ini aku hanya menjalani ibadah puasa bersama isteri. Sahur berdua, buka puasa pun berdua. Manakala anak-anak semua berada di asrama madrasah tahfiz. Disebabkan virus covid-19 yang menyerang dunia beberapa bulan lepas telah memberi kami sekeluarga peluang pada tahun ini untuk berpuasa dan berterawikh bersama. Alhamdulillah, sungguh indah perancangan Mu ya Allah.

Seperti tahun sebelumnya, aku hanya berjemaah terawikh 8 rakaat. Sementara menunggu imam menghabiskan lagi 12 rakaat, sebelum menyambung bakinya 3 rakaat solat witir berjemaah, Aku akan duduk disuatu sudut masjid. Membaca surah yasin. Bukan kerana memegang mana-mana nas ataupun mazhab, sebaliknya hanya mengikut kemampuanku. Disamping menggalakkan diri sendiri agar sentiasa bersama mukjizat yang ditinggalkan ini. bersamanya, aku sediakan not seringgit untuk disedekahkan kepada anak-anak yang berada di kiri dan kanan.. dengan harapan, seandainya malam tersebut adalah malam lailatul qadar semoga Allah menggandakan setiap amalan ku yang kecil itu kepada 1000 bulan. Sebaliknya andaikata malam-malam yang ku lalui itu bukanlah malam lailatul qadar, Allah masih tetap menggandakan semua amalan hambanya sempena dengan kemuliaan ramadhan ini.. wAllahhu aklam..

Namun pada tahun ini, ramadhan ku pastinya berbeza. Kerana buat pertama kalinya terawikh terpaksa dilakukan dirumah masing-masing.

3 kali Al-ikhlas bersamaan sekali khatam Al-quran
Sekali bacaan yasin bersamaan 10 kali khatam Al-quran.


No comments:

Post a Comment