Hari
ini 15 syaaban 1441H bersamaan 9 april 2020. 15 hari lagi menuju Ramadhan
1441H.. ini juga bermakna telah 23 hari Perintah
Kawalan Pergerakan berlangsung.
Muktahir
ini, dunia sedang berselubung dari serangan wabak covid-19. Virus yang begitu kecil, malahan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, boleh menggegarkan dunia.
Lapangan terbang
ditutup dari kemasukkan warga luar. pintu masuk negara dikawal ketat. jalanraya
menjadi lengang dan sepi dari hingar bingar bunyi enjin dan asap kenderaan. Polis
dan tentera berkawal dimerata tempat. Petugas petugas kesihatan sedang bermandi
peluh dan keringat. Membuat saringan dan membantu mereka yang terserang wabak. Ahli keluarga terpisah dek kerana status positif dan negatif.
Sedarlah
wahai diri, ini adalah bukti kekuasaan dan teguran dari Allah Azawajallah.
keadaan ini lebih dahsyat dari kisah firaun yang dibinasakan hanya oleh seekor
nyamuk, dan sekumpulan tentera kafir bergajah abrahah dimusnahkan oleh kawanan
burung yang kecil. Dengan hanya menghantar makhluk yang paling halus kemuka
bumi ini, seluruh dunia menjadi pincang, ekonomi merundum, perniagaan ditutup, rusuhan
di sana sini, kebuluran menjadi teman, manusia menderita dan kematian melanda.
Malah
lebih teruk dari itu, bukan sahaja segolongan mereka yang terseksa. Sebaliknya
seluruh manusia turut menerima padahnya. Umat islam jua terjejas sama. Masjid dan
surau ditutup, pengebumian jenazah terhad hanya kepada seorang dua sahaja,
pernikahan terpaksa ditangguhkan. Masjidil Haram tidak lagi menerima tetamunya…
Sesungguhnya apabila azab Allah telah diturunkan, tiada satu pun yang akan
terlepas.
Wahai
tuhan yang menguasai langit dan bumi, angkatlah seksaan ini dari kami. Wahai tuhan
yang menerima taubat, berikanlah kami peluang sekali lagi. Wahai tuhan yang memberi
mudarat, lindungilah kami dari kesengsaraan ini. Ya Allah tuhan seru sekalian
alam, berilah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami dapat membetulkan segala
kesilapan lalu.
Kami
merindui masjid dan surau Mu, dan berjemaah di situ. Merindui bersilaturrahim, seperti yang diajarkan oleh penghulu kami. Merindui erti
kebebasan yang telah Kau kurniakan kepada kami salama ini. Merindui Kaabah dan mengunjungi kekasih Mu. Ya Allah berilah kami peluang sekali lagi, sebelum malaikat maut Mu datang mengunjungi..
No comments:
Post a Comment